Ortos kaki untuk merawat kaki rata dalam kalangan kanak-kanak

Soalan ulasan

Apakah faedah dan kemudaratan menggunakan ortosis kaki (sisipan kasut) untuk merawat kaki rata pada kanak-kanak?

Latar belakang

Kanak-kanak dengan kaki rata mempunyai lengkungan kaki yang lebih rendah. Apabila kanak-kanak itu berdiri, lengkungan kaki kelihatan rata di atas lantai, dan mungkin berguling ke dalam, malah menyentuh lantai. Kadangkala, kaki rata boleh menyebabkan kesakitan. atau mengubah cara kanak-kanak berjalan.

Terdapat banyak jenis rawatan tanpa pembedahan untuk kaki rata, tetapi melainkan menyakitkan, kebanyakan kanak-kanak tidak memerlukan sebarang rawatan.

Ortos kaki (foot orthos, FO) atau sisipan kasut, regangan otot, pemilihan kasut, pengubahsuaian aktiviti fizikal dan mengurangkan berat badan, mungkin sebahagian daripada pengurusan keseluruhan kaki dan aktiviti. Penggunaan ubat jangka pendek untuk kesakitan dan keradangan mungkin boleh diberikan.

Ciri-ciri kajian

Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga September 2021. Terdapat 16 kajian (1058 kanak-kanak, berumur 11 bulan hingga 19 tahun) termasuk tiga kumpulan - kanak-kanak sihat dengan kaki rata yang tidak menyakitkan; kanak-kanak dengan arthritis dan kaki rata yang menyakitkan; yang lain (gangguan koordinasi perkembangan; kaki rata yang menyakitkan). Kajian-kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat, Australia, India, Iran, Turki, UK, dan Republik Korea. Kami menjumpai maklumat tentang kasut, senaman dan pelbagai jenis ortos kaki.

Keputusan:

Membandingkan ortos kaki khas ( custom foot orthoses, CFO) dengan kasut pada kaki rata yang tidak menyakitkan:

Kadar tanpa kesakitan (1 kajian, 106 kanak-kanak) pada 12 bulan:

12% kekurangan pada kanak-kanak dengan CFO tidak mengalami kesakitan (antara 26% kurang hingga 5.5% lebih banyak)

67 daripada 100 kanak-kanak tidak mengalami kesakitan dengan CFO berbanding 79 kanak-kanak daripada 100 dengan kasut.

Penarikan diri kerana kesan sampingan (3 kajian, 211 kanak-kanak):

3% lagi kanak-kanak dengan CFO menarik diri daripada rawatan kerana kesan-kesan sampingan (antara 4% kurang hingga 13% lebih banyak).

72 daripada 100 kanak-kanak menarik diri daripada rawatan dengan CFO berbanding dengan 69 kanak-kanak daripada 100 dengan kasut.

Membandingkan ortos kaki pasang siap (prefabricated foot orthoses, PFO) dengan kasut pada kaki rata yang tidak menyakitkan

Kadar tanpa kesakitan (1 kajian, 106 kanak-kanak) pada 12 bulan:

5% kurang kanak-kanak dengan PFO tidak mengalami kesakitan (dari 18.9% kurang hingga 12.6% lebih banyak)

74 daripada 100 kanak-kanak tidak mengalami kesakitan dengan PFO berbanding 79 kanak-kanak daripada 100 dengan kasut.

Penarikan diri kerana kesan sampingan (4 percubaan, 338 kanak-kanak):

0.7% lebih sedikit kanak-kanak dengan CFO menarik diri daripada rawatan kerana kesan-kesan sampingan (antara 15.2% kurang hingga 16.6% lebih banyak).

71 daripada 100 kanak-kanak menarik diri daripada rawatan dengan PFO berbanding dengan 72 kanak-kanak daripada 100 dengan kasut.

Membandingkan CFO dengan PFO dalam kaki rata yang tidak menyakitkan

Kadar tanpa kesakitan (1 kajian, 106 kanak-kanak) pada 12 bulan:

7% kurang kanak-kanak dengan CFO tidak mengalami kesakitan (dari 22.2% kurang hingga 11.1% lebih banyak)

68 daripada 100 kanak-kanak tidak mengalami kesakitan dengan CFO berbanding 74 kanak-kanak daripada 100 dengan PFO.

Penarikan diri kerana kesan sampingan (1 kajian, 118 kanak-kanak):

0% lebih sedikit kanak-kanak menarik diri daripada rawatan dengan CFO kerana kesan-kesan sampingan (antara 9.2% kurang hingga 11% lebih banyak).

91 daripada 100 kanak-kanak menarik diri daripada rawatan dengan CFO berbanding dengan 91 kanak-kanak daripada 100 dengan PFO.

Fungsi, kualiti hidup, kejayaan rawatan dan kesan-kesan sampingan tidak dilaporkan dalam kajian-kajian tersebut

Kualiti bukti

Dalam kanak-kanak yang sihat dengan kaki rata yang tidak menyakitkan, bukti kualiti rendah hingga sangat rendah menunjukkan bahawa berbanding dengan kasut, CFO dan PFO tidak menyebabkan perbezaan dalam perkadaran tanpa kesakitan atau penarikan diri akibat kesan-kesan sampingan daripada rawatan. Kualiti bukti adalah sangat rendah hingga rendah, melemahkan kesimpulannya. Kami menurunkan kepastian bukti kerana kajian tersebut dijalankan dengan tidak baik dan data tidak mencukupi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information