Intervensi tempat kerja untuk menangani penyakit asma pekerjaan

Pakar-pakar dan penyelidik telah mencadangkan beberapa perubahan di tempat kerja untuk meningkatkan status pekerja yang mempunyai asma pekerjaan, iaitu asma yang mana bermulanya disebabkan oleh pendedahan pekerjaan. Perubahan tempat kerja ini juga dipanggil intervensi, dan untuk asma pekerjaan termasuk penyingkiran awal daripada pendedahan dan pengurangan pendedahan. Walau bagaimanapun, faedah sebenar intervensi ini masih tidak jelas.

Apakah tujuan ulasan ini?

Untuk menentukan keberkesanan intervensi tempat kerja untuk rawatan asma pekerjaan.

Mesej-mesej Utama

Kami menjalankan ulasan sistematik untuk intervensi tempat kerja untuk merawat asma pekerjaan. Gejala asma dan fungsi paru-paru boleh bertambahbaik apabila orang yang mempunyai asma pekerjaan dikeluarkan daripada pendedahan, biasanya dengan menamatkan pekerjaan mereka, berbanding dengan pendedahan yang berterusan dengan kerja yang sama. Gejala asma tetapi bukan fungsi paru-paru masih boleh bertambahbaik selepas mengurangkan pendedahan, misalnya dengan latihan dan pendidikan, berbanding dengan pendedahan yang berterusan. Penyingkiran daripada pendedahan boleh menambahbaikkan gejala dan fungsi paru-paru lebih daripada pengurangan pendedahan dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada ejen berat molekul yang rendah, tetapi penyingkiran daripada pendedahan juga boleh meningkatkan risiko pengangguran. Semua bukti adalah kualiti yang sangat rendah dan oleh itu terdapat keperluan untuk kajian yang lebih baik untuk menyiasat keberkesanan intervensi tempat kerja untuk asma pekerjaan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Ulasan ini adalah berdasarkan 26 kajian yang melibatkan 1,695 peserta dengan asma pekerjaan. Sensitizers yang menyebabkan hampir semua kes. Kami memberi tumpuan kepada intervensi penyingiran daripada pendedahan dan pengurangan pendedahan, yang dibandingkan dengan pendedahan yang berterusan. Berhasil perubahan dalam gejala asma, fungsi paru-paru, dan aktiviti saluran pernafasan yang tidak spesifik antara garis dasar dan susulan.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kedua-dua penyingkiran daripada pendedahan dan pengurangan pendedahan boleh meningkatkan gejala asma jika dibandingkan dengan pendedahan yang berterusan.Kedua-dua penyingkiran daripada pendedahan dan pengurangan pendedahan boleh meningkatkan gejala asma jika dibandingkan dengan pendedahan yang berterusan. Penyingkiran daripada pendedahan tetapi bukan pengurangan pendedahan boleh meningkatkan fungsi paru-paru jika dibandingkan dengan pendedahan yang berterusan. Penyingkiran daripada pendedahan boleh meningkatkan gejala dan fungsi paru-paru lebih daripada pengurangan pendedahan di kalangan pesakit yang terdedah kepada ejen berat molekul yang rendah, tetapi penyingkiran juga boleh meningkatkan risiko pengangguran. Berikutan itu, manfaat peningkatan yang lebih baik perlu dipertimbang terhadap potensi risiko kerugian pekerjaan yang lebih tinggi.

Penyelidikan selanjutnya diperlukan untuk menentukan keberkesanan intervensi dalam mengurangkan kesan asma pekerjaan.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan dar9pada tarikh 31 Julai 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Shih Yang (Hospital Umum Sarawak). Dikemaskini oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save