Intervensi untuk mengurangkan kecederaan di kalangan pekerja binaan

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Kadar kecederaan kerja di kalangan pekerja binaan adalah yang tertinggi di antara industri-industri utama. Walaupun beberapa strategi untuk mengawal kecederaan telah dicadangkan oleh pelbagai organisasi, keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kecederaan dalam industri pembinaan masih tidak menentu.

Satu kajian literatur yang sistematik telah dijalankan berkaitan pencegahan kecederaan kerja di kalangan pekerja binaan. Risiko berat sebelah pada kajian telah diperiksa dan keberkesanan intervensi telah dinilai. Tiga belas kajian telah dikenal pasti.

Dari kajian-kajian tersebut, tiada bukti bahawa pengenalan peraturan sahaja berkesan dalam mencegah kecederaan ringan dan kecederaan yang boleh membawa maut di kalangan pekerja pembinaan. Tiada bukti bahawa intervensi berorientasikan daerah,seperti kempen keselamatan, latihan, pemeriksaan atau pengenalan perkhidmatan kesihatan pekerja, berkesan dalam mengurangkan kecederaan di kalangan pekerja pembinaan. Terdapat bukti yang berkualiti rendah bahawa penggunaan kempen keselamatan yang berkepelbagaian dan program kerja bebas tanpa dadah yang berkepelbagaian di peringkat syarikat berkesan dalam mengurangkan kecederaan.

Pengenalan peraturan sahaja adalah tidak berkesan dalam mengurangkan kecederaan ringan dan kecedaraan yang boleh membawa maut di kalangan pekerja pembinaan. Strategi tambahan diperlukan untuk meningkatkan kepatuhan para majikan dan pekerja ke atas langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan dalam peraturan. Meneruskan intervensi syarikat antara pengurusan dan pekerja pembinaan, seperti kempen keselamatan bersasaran atau program tempat kerja bebas dadah, seolah-olah memberi kesan mengurangkan kecederaan dalam jangka masa panjang.

Kajian berasaskan bukti diperlukan untuk majoriti intervensi teknikal, berfaktorkan manusia dan organisasi, yang telah disyorkan oleh teks standard keselamatan, perunding dan kursus-kursus keselamatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syafiqa M Saleh. Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi syafiqa.saleh@gmail.com.

Share/Save