Keberkesanan dan keselamatan trastuzumab untuk kanser payudara awal

Pesakit-pesakit dengan kanser payudara awal mungkin mempunyai ketumbuhan HER2-positif atau negatif. Kanser yang HER2-positif cenderung untuk lebih agresif. Mengetahui sama ada kanser mengandungi tahap protein HER2 yang tinggi(kira-kira satu dalam lima kanser payudara) boleh mempengaruhi pilihan rawatan. Trastuzumab(jenama Herceptin) ialah ubat yang khusus disediakan untuk pesakit-pesakit ini. Tujuan rawatan kanser adalah untuk menghapuskan micrometastases pada peringkat awal(iaitu, adjuvan) supaya lebih ramai wanita hidup tanpa penyakit berulang lagi.

Ulasan ini merangkumi lapan kajian yang melibatkan 11,991 wanita dengan kanser payudara HER2-positif yang boleh dibedah dan mereka ditetapkan secara kebetulan untuk menerima trastuzumab atau tidak. Trastuzumab memang selalu berpasangan dengan kemoterapi standard sebagai rawatan permulaan tetapi ia sahaja juga boleh disambungkan secara bersendirian atau dengan ubat-ubat penghalang hormon, seperti penindas aromatase atau tamoxifen. Wanita tersebut telah disusuli oleh pakar klinikal untuk beberapa tahun(secara puratanya tiga tahun). Ulasan ini mendapati bahawa trastuzumab dengan ketaranya mengurangkan penyakit berulang dan kematian. Sesetengah pesakit dalam rawatan mengalami ketoksikan jantung yang teruk(iaitu, kegagalan jantung kongestif(CHF)). Kematian kanser payudara dikurangkan sebanyak satu per tiga tetapi risiko ketoksikan jantung adalah lima kali ganda lebih berkemungkinan berlaku bagi wanita yang menerima trastuzumab berbanding dengan wanita yang menerima terapi standard sahaja. Sekiranya 1000 wanita diberi terapi standard sahaja(tiada trastuzumab), maka kira-kira 900 akan terus hidup dan lima yang akan mengalami ketoksikan jantung. Sekiranya 1000 wanita dirawat dengan kemoterapi standard dan trastuzumab untuk satu tahun, kira-kira 933 akan hidup(33 lebih wanita yang akan hidup lebih lama), kira-kira 740 yang akan bebas daripada penyakit berulang(95 lebih ramai wanita yang tidak akan mengalami penyakit kembali balik), dan 26 yang akan mengalami ketoksikan jantung(21 lebih berbanding dengan kumpulan kemoterapi sahaja) disebabkan ubat itu. Ketoksikan jantung selalunya boleh diterbalikkan jika rawatan diberhentikan dengan serta-merta.

Rawatan yang lebih panjang(satu tahun) mungkin melibatkan risiko ketoksikan jantung yang lebih tinggi berbanding dengan rawatan yang lebih pendek(enam bulan atau kurang daripada itu), walau bagaimanapun, keputusan ini adalah berdasarkan dua kajian sahaja dan jumlah pesakit kecil. Untuk wanita dengan risiko penyakit berulang yang lebih tinggi dan tiada tanda-tanda jantung lemah, trastuzumab membawa jauh lebih banyak manfaat daripada risiko. Pertimbangan risiko dan manfaat untuk pesakit-pesakit yang berisiko rendah untuk penyakit berulang(contohnya, ketumbuhan yang kecil dan bukannya yang besar) perlu dinilai dengan teliti. Pakar onkologi seharusnya berkongsi keputusan ini dengan pesakit tentang sama ada ingin dan cara-cara untuk memulakan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save