Intervensi untuk membantu orang yang tertekan balik semula kerja

Kemurungan adalah masalah utama yang mempengaruhi kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia. Gejala-gejala kemurungan termasuk gejala-gejala utama emosi yang rendah atau hilang minat ditambah dengan simptom lain seperti perasaan kekurangan dan putus harapan atau masalah tidur. Gejala-gejala ini biasanya merosakkan pemfungsian dan oleh itu ketakhadiran kerana sakit menjadi lazim dalam kalangan orang yang kemurungan. Kami menilai keberkesanan intervensi yang boleh membantu pekerja yang tertekan untuk menyambung semula aktiviti kerja.

Kajian-kajian yang didapati

Kami mendapati 23 kajian, melibatkan 5996 peserta, yang melihat kesan perubahan cuti sakit ke atas kerja, tambahan kepada rawatan biasa, rawatan psikologi yang lebih baik, memperbaiki penjagaan primer, pil antidepresaan dan senaman.

Kesan perubahan ke atas kerja sebagai tambahan kepada penjagaan biasa

Dalam tiga kajian dengan 251 peserta, para penyelidik melihat perubahan kerja seperti pengubahsuaian kerja atau bimbingan dan penjagaan biasa dan mendapati ia mengurangkan ketakhadiran kerana sakit ke tahap sederhana.

Dalam dua kajian, para penyelidik cuba memperbaiki penjagaan yang telah diarahkan kepada perubahan kerja tetapi tidak menemui sebarang kesan penambahbaikan pada cuti sakit.

Kesan rawatan psikologi

Dalam tiga kajian dengan 326 peserta, penyelidik mendapati terapi tingkah laku kognitif yang disediakan dalam talian atau melalui telefon mengurangkan ketakhadiran kerana sakit ke tahap sederhana berbanding penjagaan biasa.

Dalam satu kajian berkualiti tinggi, program penjagaan khas yang dijalankan di tempat kerja juga mengurangkan cuti sakit berbanding dengan penjagaan biasa.

Kesan pil antidepresan

Tiga kajian membanding pil antidepresan dengan satu sama lain tetapi tiada kesan yang konsisten terhadap ketakhadiran kerana sakit.

Memperbaiki penjagaan primer

Memperbaiki penjagaan primer melalui program peningkatan kualiti untuk pengamal am tidak mengurangkan ketakhadiran kerana sakit dalam tiga kajian.

Senaman

Satu kajian mendapati peserta mempunyai kurang cuti sakit selepas menjalani senaman regangan. Dua kajian lain tidak menemui kesan ke atas cuti sakit selepas senaman fizikal seperti berlari atau menggunakan gimnasium.

Lebih kajian patut melihat kesan perubahan di tempat kerja. Kajian klinikal yang kerap juga perlu mengukur kesan cuti sakit kerana ia adalah akibat penting kemurungan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save