Adakah penambahan sinaran radiasi (radiosurgery) kepada terapi radiasi seluruh otak memberi manfaat kepada orang dengan metastasis otak?

Isu
Manfaat menambah radiosurgeri stereotaktik (SRS), merupakan terapi radiasi sasaran bukan pembedahan, kepada terapi radiasi seluruh otak (WBRT), di mana radiasi diberikan kepada seluruh otak apabila tumor tidak boleh dikeluarkan oleh pembedahan, untuk orang ynag mempunyai metastasis otak adalah tidak jelas.

Tujuan ulasan
Penyelidik cuba menentukan sama ada menambah SRS kepada WBRT adalah berfaedah berbanding dengan WBRT sahaja dalam rawatan metastasis otak.

Apakah penemuan utama?
Penyelidik mengenal pasti tiga kajian rawak terkawal (RCTs), yang merupakan kajian yang secara rawak memberikan peserta ke dalam kumpulan rawatan yang berbeza, yang menilai sama ada penambahan radiasi (sasaran radiasi) (radiosurgeri) kepada WBRT bermanfaat kepada orang dengan metastasis otak. Keseluruhannya, peserta yang menjalani WBRT dan SRS tidak dapat bertahan lebih lama daripada peserta yang dirawat dengan WBRT sahaja. Namun demikian, peserta yang mempunyai status fungsian yang tinggi untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian dan mereka yang mempunyai metastasis tunggal masih hidup lebih lama selepas SRS dan WBRT. Peserta yang dirawat dengan WBRT dan SRS mengalami pengalaman kawalan dan prestasi tempatan yang lebih baik, serta mengurangkan penggunaan steroid berbanding peserta yang dirawat dengan WBRT sahaja.

Kualiti bukti
Keseluruhan kualiti bukti adalah sederhana berdasarkan penilaian GRADE untuk hasil yang minat, dan keseluruhan risiko berat sebelah adalah tidak jelas.

Apakah kesimpulannya?
Kebanyakan kesimpulan penyelidik adalah berdasarkan kepada keputusan satu kajian besar dengan risiko berat sebelah yang tidak jelas dan oleh itu, penyelidik berhati-hati membuat kenyataan berikut: penyelidik mendapati bahawa apabila radiosurgeri telah ditambahkan kepada WBRT, tiada bukti untuk menunjukkan bahawa orang hidup lebih lama daripada jika mereka mempunyai WBRT sahaja, kecuali orang yang hanya mempunyai satu metastasis otak (yang boleh hidup lebih lama jika mereka menerima rawatan kombinasi). Orang yang mempunyai rawatan kombinasi juga seolah-olah berfungsi lebih baik dalam kehidupan seharian, tumor mereka yang dirawat dikaitkan dengan kurang peluang untuk tumbuh kembali, dan mereka perlu mengambil ubat steroid yang kurang. Kesan sampingan gabungan terapi dan WBRT sahaja adalah sama.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save