Vitamin A untuk mencegah jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah yang akut bagi kanak-kanak sehingga umur tujuh tahun

Jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah (LRTIs) akut, terutamanya radang paru-paru dan bronkiolitis adalah punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak sehingga umur lima tahun. Project Beban Penyakit Global 2000 (The Global Burden of Disease 2000) menganggarkan bahawa jumlah kematian tahunan berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan akut (ARTI) di kalangan kanak-kanak sehingga umur lima tahun adalah 2.1 juta orang (tidak termasuk kematian yang disebabkan oleh campak, batuk kokol dan kematian neonatal). Anggaran kematian global kanak-kanak akibat ARTIs dari lain-lain tempat adalah 1.9 juta pada tahun 2000, 70% daripadanya adalah di Afrika dan Asia Tenggara. Kekurangan VItamin A adalah fenomena biasa di negara-neagara yang berpendapatan rendah dan situasi ini akan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan.

Kami memasukkan 10 kajian (33,179 kanak-kanak) di mana kekurangan vitamin A atau kekurangan zat makanan adalah lazim (31,379 dalam masyarakat dan 1800 di dalam persekitaran hospital). Kajian-kajian mengukur aspek berlainan (contohnya, apa yang dikira sebagai ‘LRTI akut’, masa untuk resolusi gejala, dll.). Mungkin terdapat rawatan lain (terutamanya bagi kanak-kanak kekurangan zat makanan) yang boleh menyebabkan salah kecenderungan. Kebanyakan kajian menunjukkan tiada manfaat signifikan suplemen vitamin A pada insiden atau kelaziman gejala-gejala LRTI akut. Walaupun tiada kajian yang dimasukkan untuk melihat kesan buruk vitamin A, penggunaan vitamin A perlu dipantau dengan berhati-hati.

Kami tidak mengesyorkan pemberian vitamin A kepada semua kanak-kanak untuk mencegah LRTIs akut kerana beberapa kajian menunjukkan keputusan di luar jangkaan seperti vitamin A boleh meningkatkan peluang jangkitan atau memburukkan simptom kanak-kanak yang sihat sebelum ini. Terdapat bukti yang menunjukkan manfaat pemberian vitamin tambahan kepada kanak-kanak dengan serum retinol rendah atau status pemakanan yang rendah. Batasan ulasan ini termasuk kajian-kajian telah dijalankan dalam populasi yang sangat spesifik dan kualiti methodologi sesetengah kajian yang dimasukkan rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s Universiti, Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save