Antibiotik untuk jangkitan sinus jangka pendek dalam kalangan dewasa

Soalan ulasan

Adakah antibiotik merawat jangkitan sinus lebih cepat berbanding tanpa antibiotik dalam kalangan dewasa?

Latar belakang

Sinus ialah rongga yang terletak di dalam kepala. Orang dewasa dengan jangkitan sinus jangka pendek mengalami hidung tersumbat dan discaj kuning yang pekat dari hidung. Orang dengan jangkitan sinus boleh merasai lendir di belakang tekak, sakit muka. sakit apabila tunduk ke depan, dan sakit gigi atas atau semasa mengunyah. Jangkitan sinus jangka pendek boleh dikenalpasti menerusi pemeriksaan fizikal dan soalan-soalan berkenaan gejala. Ujian darah atau imej sinus boleh menyokong diagnosis, tetapi tidak disyorkan secara rutin di kebanyakan negara. Jangkitan sinus jangka pendek kebanyakannya berpunca oleh virus. Sungguh pun begitu, doktor akan mempreskrib antibiotik, yang sepatutnya diguna untuk merawat jangkitan bakteria. Mengambil antibitiok tanpa keperluan akan mengakibatkan resistan antibiotik terhadap jangkitan bakteria. Kami menyiasat sama ada antibiotik akan menyembuhkan jangkitan sinus dalam kalangan dewasa lebih cepat berbanding ubat plasebo atau tanpa rawatan.

Tarikh carian

18 Januari 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 15 kajian yang melibatkan orang dewasa dengan jangkitan sinus jangka pendek, sama ada disahkan dengan pengimejan, menerima antibiotik secara rawak, atau ubat kosong, atau tiada rawatan, di persekitaran jagaan ambulatori. Kajian-kajian tersebut melibatkan sejumlah 3057 orang dewas dengan purata umur 36 tahun, kira-kira 60% adalah wanita. Peserta disusul sehingga mereka pulih. Tempoh kajian ialah di antara 8 hingga 28 hari.

Sumber pembiayaan kajian

Tujuh kajian menerima sokongan kewangan dari kerajaan atau institusi akademik; enam menerima geran dari industri farmaseutikal; dan lima kajian tidak menyatakan sumber sokongan.

Keputusan utama

Tanpa antibiotik, separuh dari peserta smbuh selepas seminggu, dan dua daripada tiga sembuh selepas 14 hari. Lima (diagnosis berdasarkan gejala yang dijelaskan kepada doktor) hingga lebih 11 (diagnosis disahkan oleh sinar-x) orang per 100 sembuh lebih cepat dengan antibiotik. IMbasan tomografi berkomputer (CT) menilai pesakit mana yang akan bermanfaat antibiotik lebih tepat, tetapi penggunaannya secara rutin akan menyebabkan masalah berkaitan kesihatan akibat pendedahan radiasi. Lebih daripada sepuluh per 100 orang sembuh dengan lebih cepat daripada gejala discaj yang pekat kekuningan dari hidung dengan antibiotik berbanding dengan ubat kosong atau tanpa rawatan Lebih daripada tiga belas per 100 orang mengalami kesan sampingan (kebanyakannya berkaitan perut atau usus) dengan antibiotik berbanding ubat kosong atau tanpa rawatan. Berbanding dengan pesakit yang sejak awal diberi antibiotik, lebih daripada lima per 100 pesakit dalam kumpulan ubat kosong atau tanpa rawatan memerlukan antibiotik memandangkan keadaan yang bertambah teruk. Kompliaksi serius (abses otak) adalah jarang.

Kami mendapati antibiotik bukanlah ubat pilihan pertama untuk orang dewasa dengan jangkitan sinus jangka pendek. Kami mendapati tiada bukti yang mengkaitkan orang dewasa dengan sinusitis teruk atau imuniti yang menurun, atau dengan kanak-kanak.

Kualiti bukti

Kami mendapati bukti berkualiti tinggi apabila diagnosis dibuat berdasarkan gejala yang dijelaskan kepada doktor. Kami menurunkan gred kualiti bukti kepada sederhana apabila diagnosis disahkan melalui sinar-x atau imbasan CT kerana bilangan peserta adalah kecil, yang membuatkan anggaran kurang tepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information
Share/Save