Melalui sematan kulit untuk merawat keretakan pergelangan tangan di orang dewasa

Latar belakang

Pergelangan yang patah adalah keretakan pada hujung radial, salah satu daripada dua tulang lengan. Biasanya pada orang tua, ini boleh berlaku apabila orang ramai menggunakan tapak tangan untuk mengampu kejatuhan. Tulang pecah sering terpisah menyebabkan tempat patah itu ‘disesarkan.

Untuk pergelangan tangan yang patah, tulang boleh diletakkan kembali bersama-sama (dikurangkan) tanpa pembedahan dengan hanya memasang plaster selama beberapa minggu. Apabila keretakan tidak stabil, bahagian tidak akan bercantum kembali. Satu lagi cara untuk menguruskan pergelangan tangan yang patah adalah untuk meletakkan kembali tulang di tempat dengan prosedur pembedahan, seperti sematan kulit. Ini melibatkan kemasukan pin atau wayar melalui kulit (percutan) untuk memegang tulang dalam kedudukan yang betul semasa mereka sembuh. Dalam kebanyakan kaedah menyematkan, pin atau wayar digunakan untuk mencantumkan serpihan. Dalam sematan Kapandji, wayar diletakkan untuk menyokong serpihan distal (hujung).

Kaedah-kaedah

Ini adalah kemas kini Ulasan Cochrane mula diterbitkan pada tahun 2007. Kita melihat bukti dari percubaan yang dikawal rawak menguji penggunaan sematan kulit atau membandingkan aspek sematan. Terlebih dahulu, kami menetapkan hasil utama: fungsi yang dilaporkan oleh pesakit, bilangan peserta dengan apa-apa komplikasi dan dengan komplikasi yang memerlukan rawatan lanjut, kekuatan cengkaman dan kualiti kehidupan yang berkaitan dengan kesihatan. Kami mencari pangkalan data perubatan hingga jun 2019

Keputusan-keputusan carian

Kami memasukan 26 kajian rawak yang melibatkan 1946 responden, kebanyakan mereka wanita dewasa dengan keretakan yang tidak stabil pada pergelangan tangan. Kajian ini telah menguji salah satu daripada 10 perbandingan dan hasil yang dilaporkan secara keseluruhan. Di bawah, kami hanya melaporkan hasil utama yang mana bukti boleh didapati.

Keputusan utama

Sebelas percubaan membandingkan sematan kulit dengan imobilisasi menggunakan acuan. Kami tidak pasti sama ada menyematkan menberikan perbezaan kepada fungsi yang dilaporkan pesakit dalam tempoh enam minggu atau enam bulan (data dari satu kajian). Tiada data pada bilangan peserta yang mempunyai sebarang komplikasi. Anjakan semula kepatahan yang menyebabkan rawatan lanjut diperlukan secara purata berlaku dalam satu daripada lapan orang yang menggunakan acuan (enam kajian). Komplikasi berkaitan pembedahan, jangkitan yang memerlukan antibiotik dan kadang-kala penyingkiran dawai awal berlaku secara purata dalam salah satu daripada 13 orang yang menggunakan sematan kulit (tujuh kajian). Kami tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara kedua-dua rawatan dalam risiko komplikasi lain. Kami tidak pasti kesan mencubakan kekuatan cengkaman pada 12 bulan (empat ujian) atau kualiti hidup pada empat bulan (satu kajian).

Daripada enam kajian membandingkan teknik yang berbeza daripada sematan, satu berbanding sematan kapandji dengan kaedah yang bertentangan. Kami tidak pasti sama ada sematan kapandji meningkatkan risiko komplikasi dan penemuan sedikit antara kumpulan perbezaan dalam kekuatan cengkaman.

Dua kajian membandingkan kaedah biodegradasi (dissolvable) berbanding wayar logam, menggunakan dua teknik sematan yang sangat berbeza. Kedua-duanya mendapati lebihan komplikasi yang berkaitan dengan penggunaan bahan biodegradasi.

Tiga kajian membandingkan dawai dipasang di bawah kulit dengan meninggalkan mereka terdedah. Kami tidak pasti sama ada penaman wayar mengurangkan risiko jangkitan permukaan. Walau bagaimanapun, menanam wayar mungkin memerlukan rawatan yang lebih invasif untuk penyingkiran.

Biasanya, pergelangan tangan diletakkan dalam acuan selepas sematan. Kami tidak pasti sama ada kedudukan pergelangan tangan dalam acuan membuat perbezaan kepada risiko komplikasi atau kekuatan cengkaman (satu kajian). Tiga kajian membandingkan penggerakan awal selepas satu minggu dengan empat atau enam minggu membuang acuan imobilisasi. Satu kajian menggunakan sematan kapandji melaporkan lebih banyak komplikasi untuk penggerakan awal, tetapi kami tidak pasti kesan daripada pengerakan awal terhadap komplikasi keseluruhan atau kekuatan cengkaman.

Tiada percubaan menguji kaedah yang berbeza atau masa penyingkiran sematan.

Kualiti bukti

Semua 26 kajian mempunyai kelemahan yang boleh menjejaskan kebolehpercayaan keputusan mereka. Kami menganggap bahawa bukti untuk semua hasil yang dilaporkan dan untuk semua perbandingan adalah rendah atau, biasanya, kualiti yang sangat rendah. Ini bermakna kita tidak pasti keputusannya.

Kesimpulan

Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk memaklumkan peranan para pengguna yang ingin membuat keputusan dan rawatan yang berkaitan. Walaupun penyelidikan lanjut diperlukan, kami menasihatkan untuk menunggu keputusan kajian yang besar yang berterusan dalam membandingkan sematan dengan rawatan acuan simen.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information