Akupunktur sebagai rawatan bagi orang dengan glaukoma

Apakah tujuan ulasan ini?
Ulasan ini bertujuan untuk menilai sama ada akupunktur berguna dan selamat untuk merawat orang dengan glaukoma. Kami memasukkan dalam ulasan tiga kajian yang lengkap dan satu kajian yang berterusan.

Apakah mesej utama ulasan ini?
PPada masa ini, adalah mustahil untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai dari data yang ada untuk menyokong penggunaan akupunktur untuk rawatan orang dengan glaukoma.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Glaukoma adalah satu keadaan yang merosakkan saraf optik dan memberi kesan terutamanya kepada fungsi penglihatan. Ia merupakan sebab utama bagi kebutaan seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai rawatan, termasuk titisan mata, rawatan laser, dan kaedah pembedahan, sesetengah orang mungkin mencari pendekatan perubatan komplimentari atau alternatif seperti akupunktur sebagai tambahan kepada rawatan biasa mereka.

Apakah hasil utama ulasan ini?
Tiga kajian yang telah diselesaikan telah dijalankan di hospital-hospital di Taiwan dan Amerika Syarikat. Kajian ini merekrut peserta dengan glaukoma atau hipertensi intraokular (lebih tinggi daripada tekanan mata normal). Kajian-kajian ini membandingkan pelbagai jenis intervensi termasuk akutekanan auricular (satu kaedah akupuntur yang tidak standard), rangsangan saraf elektrik melalui kulit dan akupuntur pada mata (12 sesi). Akupunktur mungkin mempunyai kesan yang sangat kecil dalam mengurangkan tekanan mata, tetapi kepastian bukti adalah sangat rendah. Satu kajian dilaporkan sensitiviti jarum. Kajian tidak memberikan bukti kesan pada bidang visual atau ketajaman visual.

Adakah ulasan ini terkini?
Penulis Ulasan Cochrane mencari kajian-kajian yang telah diterbitkan sehingga November 16, 2018 .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save