Hormon tiroid postnatal profilaktik untuk mencegah morbiditi dan mortaliti bayi pramatang

Satu ulasan sistematik data dari kajian terkawal secara rawak tidak memberikan bukti bahawa terapi hormon tiroid rutin berkesan untuk mencegah masalah dalam bayi pramatang atau meningkatkan perkembangan pertumbuhan mereka. Hormon tiroid adalah diperlukan untuk pertumbuhan normal dan kematangan sistem saraf pusat, serta jantung dan paru-paru. Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa hormon tiroid yang mencukupi boleh mengalami kemerosotan mental yang serius. Adalah dipercayai bahawa tahap hormon tiroid yang rendah dalam beberapa minggu pertama selepas kelahiran (hipertiroksinemia sementara) dalam bayi pramatang yang dilahirkan sebelum 34 minggu mungkin menyumbang kepada perkembangan yang tidak normal ini. Ulasan kajian mendapati tiada bukti bahawa penggunaan hormon tiroid secara rutin dalam bayi pramatang adalah berkesan dalam mengurangkan risiko masalah yang disebabkan oleh tahap hormon tiroid rendah sementara.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information