Antibiotik untuk merawat pneumonia yang dijangkiti di luar hospital atau rumah jagaan dikalangan orang dengan penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti mengenai kesan dan keselamatan pendekatan rawatan antibiotik (satu ubat sahaja atau gabungan ubat) untuk orang dengan penyakit sel sabit dengan pneumonia jangkitan komuniti. Ini merupakan kemaskini dari Ulasan Cochrane yang diterbitkan sebelumnya.

Latar belakang

Penyakit sel sabit telah menjejaskan jutaan orang di seluruh dunia. Orang-orang ini boleh dijangkiti pneumonia dengan lebih mudah kerana kerosakan sabit pada limpa. Kuman yang menyebabkan pneumonia yang dijangkiti dalam komuniti berbeza di seluruh dunia. Mereka mempunyai kepekaan dan tahap kerintangan yang berbeza yang dipengaruhi oleh bagaimana antibiotik diberikan di kawasan itu.

Tarikh carian

Bukti terkini sehingga: 01 September 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak dapat menemukan sebarang kajian untuk disertakan dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Kajian-kajian yang mengatasi masalah ini harus disusun dan dilaporkan menurut pernyataan CONSORT untuk meningkatkan kualiti pelaporan keberkesanan dan memperbaik pelaporan kemudaratan dalam penyelidikan klinikal. Penyiasat kajian harus mempertimbangkan menyertakan hasil-hasil berikut dalam kajian baru: jumlah hari bebas dari demam, kematian, permulaan krisis kesakitan atau komplikasi penyakit sel sabit berikutan pneumonia jangkitan komuniti, diagnosis, hospitalisasi (kadar kemasukan dan tempoh tinggal di hospital), kadar kegagalan pernafasan, dan jumlah peserta yang menerima pemindahan darah. Oleh sebab tiada kajian yang disertakan dalam ulasan sehingga September 2016, kami akan masih mencari kajian setiap dua tahun, tetapi tidak akan menerbitkan versi ulasan yang dikemas kini sehingga sebarang kajian yang layak dikenal pasti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USMKK). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information