Mengawal paras gula darah yang tinggi dengan menggunakan insulin dalam orang yang mempunyai strok iskemia akut

Selepas strok, orang yang mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kematian tanpa mengira usia mereka, tahap keterukan strok, atau jenis strok yang mereka miliki. Insulin boleh mengurangkan tahap gula dalam darah. Kita tidak tahu apa tahap optimum gula darah yang sepatutnya selepas strok. Kami telah mencari kajian yang membandingkan penjagaan biasa dengan rawatan insulin intensif (cuba untuk mengekalkan tahap gula dalam darah dalam julat normal 4 hingga 7.5 mmol/L) selepas strok. Kami menemui 11 kajian yang melibatkan 1583 peserta. Mengekalkan tahap gula dalam darah dalam julat yang kecil dengan serta-merta selepas strok tidak akan menambahbaikkan kesudahan defisit neurologi dan pergantungan. Ia, bagaimanapun, dengan ketara dapat meningkatkan peluang mengalami tahap gula dalam darah yang sangat rendah (hipoglisemia), yang boleh membahayakan dan boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian. Dalam keseimbangan, kajian-kajian tersebut tidak menunjukkan apa-apa manfaat daripada kawalan intensif tahap gula dalam darah selepas strok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save