Kesan tambahan beta-agonis yang bertindak jangka panjang di samping sedutan steroid dalam kalangan mereka yang tidak pernah dirawat dengan steroid sedutan

Dalam kalangan pesakit asma yang memerlukan terapi harian anti-keradangan, bukti adalah tidak mencukupi untuk menyokong terapi permulaan bagi kombinasi sedutan kortikosteroid (ICS) dan ß2-agonis yang bertindak jangka panjang (LABA) berbanding sedutan korticosteroid sahaja. Kebanyakan penyataan persetujuan mengesyorkan tambahan LABA sebagai terapi kedua, hanya kepada pesakit asma yang tidak terkawal secukupnya dengan sedutan kortikosteroid yang biasa digunakan. Walau bagaimanapun, ramai pengamal perubatan memulakan terapi kombinasi dalam pesakit asma, tanpa terdahulu mencuba dengan sedutan kortikosteroid sahaja. Tujuan sorotan ini adalah untuk membandingkan profil manfaat dan keselamatan rawatan permulaan dengan kombinasi ICS dan LABA berbanding dengan (1) yang seumpamanya dan (2) dos ICS yang lebih tinggi dalam pesakit asma yang belum pernah menerima ICS sebelum ini. Sorotan ini mengenalpasti 28 kajian yang dijalankan secara rawak terkawal. Kombinasi ICS dan LABA tidak mengurangkan risiko pesakit bertambah teruk yang memerlukan penyelamat kortikosteroid oral tetapi memulih fungsi paru-paru, gejala dan mengurangkan secara minima penggunaan agonis-ß2 sebagai penyelamat berbanding ICS sahaja pada dos yang sama. Memulakan ICS pada dos yang lebih tinggi berbanding dos yang digunakan dengan LABA dalam kumpulan kawalan mengurangkan risiko keterukan dan penarikan daripada kajian dengan ketara berbanding kombinasi LABA dan ICS pada dos yang lebih rendah; bukti adalah tidak mencukupi untuk mengulas impak kepada fungsi paru-paru, gejala dan penggunaan penyelamat ß2-agonis. Bukti terkini tidak menyokong penggunaan terapi kombinasi LABA dan ICS sebagai rawatan pertama dalam kalangan pesakit asma dewasa dan kanak-kanak, tanpa percubaan terdahulu dengan sedutan kortikosteroid.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save