Ulasan ini meneliti kesan keseluruhan penyediaan pelan tindakan bertulis kepada kanak-kanak yang mengidap asma dan ibu-bapa mereka

Kami tidak menemui ujikaji yang menilai kebaikan memberi berbanding tiada memberi pelan tindakan bertulis kepada kanak-kanak yang mengidap asma.
Empat ujikaji klinikal yang melibatkan 355 kanak-kanak dikenalpasti yang membandingkan kesan yang berkaitan dengan simtom berbanding pelan tindakan bertulis 'peak flow' di mana semua intervensi lain yang digunakan bersama adalah sama. Kanak-kanak yang ditempatkan bawah pelan yang berdasarkan simtom jarang memerlukan lawatan penjagaan akut untuk asma berbanding dengan mereka yang menerima pelan yang berdasarkan 'peak flow'. Kebanyakan hasil lain adalah sama dengan pengecualian lebih ramai kanak-kanak berhasrat untuk meneruskan penggunaan pelan tindakan bertulis berdasar kepada simtom berbanding 'peak-flow'.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information