Diuretik thiazide dan patah pinggul

Dua puluh satu kajian pemerhatian dengan hampir empat ratus ribu peserta telah dimasukkan ke dalam ulasan sistematik ini. Kajian mencari kaitan antara penggunaan diuretik thiazide dan patah pinggul. Majoriti kajian yang termasuk mempunyai risiko berat sebelah yang rendah hingga sederhana. Penggunaan diuretik thiazide telah dikaitkan dengan pengurangan risiko patah pinggul. Kajian rawak kawalan adalah diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.  

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information