Urutan perineal antenatal untuk mengurangkan trauma perineal

Urutan perineal antenatal membantu mengurangkan trauma perineal sewaktu proses kelahiran dan kesakitan selepas kelahiran.

Kebanyakan wanita berkeinginan untuk melalui proses kelahiran tanpa kesan koyakan, luka dan jahitan kerana ia menyakitkan dan menyebabkan ketidakselesaan kerana ia memberikan kesan negatif terhadap fungsi seksual. Urutan perineal sewaktu bulan terakhir kendungan adalah disarankan sebagai jalan untuk memudahkan pengembangan tisu perineal sewaktu proses kelahiran. Ulasan terhadap empat percubaan (2497 wanita), menunjukkan urutan perineal yang dilakukan sama ada oleh wanita tersebut atau pasangannya (sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu bermula dari minggu ke-35), mengurangkan kebarangkalian trauma perineal (melibatkan episiotomi) dan kesakitan perineal yang berterusan. Kesannya lebih jelas bagi wanita yang belum pernah bersalin secara normal melalui vagina berbanding dengan wanita yang pernah bersalin. Wanita perlu dimaklumkan berkenaan faedah urutan perineal secara digital.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Faliq Adeeba Wan Ibrahim (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi faliq.adeeba@gmail.com

Tools
Information