Indeks glisemik rendah atau diet rendah beban glisemik untuk berat badan berlebihan dan obesiti

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Terdapat kurang kesepakatan dalam pengurusan pemakanan terbaik bagi obesiti. Kami menilai kesan-kesan indeks glisemik rendah atau beban glisemik diet yang rendah dalam kalangan orang yang berat badan berlebihan atau obes. Enam kajian rawak terkawal yang melibatkan 202 peserta telah dianalisis. Tempoh intervensi adalah di antara lima minggu hingga enam bulan. Peserta-peserta yang menerima diet indeks glisemik atau beban diet rendah telah hilang purata satu kilogram lebih daripada mereka dengan diet perbandingan. Profil lipid juga bertambah baik dalam kalangan peserta yang menerima diet indeks glisemik atau beban diet rendah. Tiada kajian yang melaporkan kesan buruk, kematian atau data kualiti hidup.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.