Mengurangkan pergerakan gigi yang tidak diingini semasa rawatan dengan pendakap ortodontik, perbandingan antara implan yang diletak secara pembedahan sebagai pengukuh dengan kaedah konvensional lain.

Soalan ulasan

Ulasan ini yang dihasilkan oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane, bertujuan menilai kesan penggunaan implan yang diletakkan ke dalam tulang secara pembedahan ke dalam mulut untuk menstabilkan (tambatan) gigi semasa rawatan dengan pendakap ortodontik dan membandingkannya dengan penggunaan kaedah konvensional. Ia juga menilai kesan pelbagai teknik tambatan secara pembedahan.

Latarbelakang

Rawatan ortodontik digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi-gigi yang bengkok atau terjulur keluar dengan menggerakkan gigi-gigi tersebut ke posisi yang betul.Gigi-gigi dapat disusun lurus dengan menggunakan pendakap.Kadangkala pergerakan yang tidak diingini kepada gigi-gigi lain boleh diakibatkan oleh pendakap dan ini dapat dikawal dengan apa yang dikenali sebagai tambatan atau kaedah penstabilan gigi-gigi. Secara konvensional tapak tambatan adalah di dalam mulut (intraoral) menggunakan gigi-gigi misalnya, atau alternatifnya di luar mulut (ekstraoral) menggunakan peranti alat kepala yang dilekatkan kepada kepala atau leher.Kadangkala apabila peranti seperti alat kepala digunakan, timbul isu di mana pesakit keberatan untuk memakainya atau telah dilapor menyebabkan kecederaan.

Sebagai alternatif kepada kaedah-kaedah konvensional ini, teknik pembedahan telah dibangunkan untuk meletakkan skru mini atau implan jenis lain ke dalam tulang dalam mulut bagi menyediakan struktur yang kukuh untuk tambatan (penstabilan) bagi menghalang pergerakan gigi-gigi yang tidak diingini semasa rawatan ortodontik.

Peranti-peranti sebegini semakin popular namun kesannya masih belum dinilai sepenuhnya.

Ciri-ciri kajian

Bukti yang dihunakan dalam ulasan in adalah betul sehingga 28 Oktober 2013,Ini adalah kemaskini kepada ulasan sedia yang mengandungi satu kajian.Lima belas kajian telah dimasukkan ke dalam ulasan ini dengan melibatkan data daripada 561 peserta. Lima belas kajian telah dimasukkan ke dalam ulasan ini dengan melibatkan data darpada 561 peserta. Kajian-kajian telah dijalankan di Eropah, Cina, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.Kebanyakannya dijalankan di persekitaran universiti atau hospital latihan dan satu kajian di premis pakar ortodontik. Kebanyakan kajian melibatkan bilangan yang sama antara lelaki dan wanita, namun terdapat lebih wanita berbanding lelaki dalam lima kajian dan hanya wanita sahaja dalam dua kajian.Julat umur peserta adalah berbeza dari remaja dan orang dewasa muda sehingga kepada orang dewasa sehingga umur 54 tahun. Kesemua peserta kajian memerlukan satu siri rawatan ortodontik dengan kawalan tambatan tambahan.Tiada kajian yang melaporkan kesan-kesan mudarat.

Keputusan-keputusan utama

Apabila peranti pengangkoran surgikal dibandingkan dengan peranti pengangkoran konvensional, ia adalah lebih baik dalam menyediakan kestabilan untuk mengurangkan pergerakan gigi yang tidak diingini semasa rawatan ortodontik. Terdapat maklumat terhad tentang hasil laporan pesakit misalnya sakit dan penerimaan pesakit terhadap peranti. Tiada maklumat yang dilaporkan tentang kejadian mudarat.

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk hasil penting dalam ulasan ini adalah pelbagai daripada kualiti sederhana sehingga ke rendah. Kelemahan utama kajian-kajian tersebut adalah berkaitan dengan isu rekabentuk dan cara perlaksanaannya, dimana laporan tentang kaedah dan hasil kajian adalah tidak mencukupi dan berkualiti rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information