Madu sebagai rawatan topikal untuk luka akut dan kronik

Kami telah mengkaji bukti-bukti mengenai kesan sapuan madu dalam penyembuhan sebarang luka. Kami mendapati terdapat 26 kajian yang melibatkan 3011 orang dengan pelbagai jenis luka. Madu telah dibandingkan dengan banyak rawatan yang berbeza dalam kajian yang disertakan dalam ulasan ini.

Perbezaan dalam jenis luka dan perbandingnya menjadikannya mustahil untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai kesan madu pada penyembuhan luka. Bukti untuk kebanyakkan perbanding adalah berkualiti rendah atau sangat rendah. Ini adalah kerana sebahagian besarnya kami menyangka bahawa masalah dengan reka bentuk dalam beberapa kajian menyebabkan keputusan mereka tidak boleh dipercayai dan bagi kebanyakan hasilnya hanya mempunyai sedikit maklumat. Dalam beberapa kes keputusan kajian sangat bercampur-campur.

Terdapat bukti yang berkualiti tinggi bahawa madu dapat menyembuhkan luka terbakar separa ketebalan sekitar 4 hingga 5 hari lebih cepat daripada balutan konvensional. Terdapat bukti kualiti sederhana yang mengatakan madu adalah lebih berkesan daripada antiseptik diikuti dengan kain kasa untuk penyembuhan luka yang dijangkiti selepas pembedahan.

Ia tidak jelas sama ada madu adalah lebih baik atau lebih buruk daripada rawatan lain untuk luka bakar, luka akut dan kronik campuran, ulser tekanan, gangren Fournier, ulser kaki vena, luka akut kecil, ulser kaki diabetik dan leishmaniasis kerana kebanyakan bukti yang wujud adalah berkualiti rendah atau sangat rendah.

Bukti ini adalah terkini sehingga Oktober 2014.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save