Pembungkusan peringatan untuk membantu orang yang mengambil ubat-ubatan dalam masa jangka yang panjang

Orang sering terlepas mengambil ubat yang ditetapkan, kerana kealpaan, perubahan jadual ubat atau gaya hidup yang sibuk. Adalah dianggarkan bahawa antara 40% hingga 60% daripada orang yang tidak mengambil ubat seperti yang ditetapkan, boleh membawa kepada hasil kesihatan yang teruk. Pembungkusan ubat-ubatan dengan sistem peringatan untuk hari dan/atau masa dalam seminggu adalah satu usaha untuk membantu orang mengambil ubat-ubatan dalam masa jangka yang panjang. Kami telah menilai dua belas kajian yang melibatkan 2196 peserta di mana mereka menggunakan ubat-ubatan yang diambil sendiri untuk sekurang-kurangnya satu bulan. Kajian melibatkan jenis pembungkusan, dan ubat-ubatan yang berbeza untuk pelbagai masalah kesihatan. Kami mendapati bahawa pembungkusan peringatan meningkat sebahagian mereka untuk mengambil ubat-ubatan apabila diukur dengan kiraan pil; Walau bagaimanapun, kesan ini tidaklah besar. Kami juga mendapati beberapa bukti bahawa pembungkusan peringatan boleh memberi manfaat dalam meningkatkan hasil klinikal seperti tekanan darah. Peringatan pembungkusan untuk individu tertentu boleh mewakili satu kaedah yang mudah untuk meningkatkan pematuhan kepada ubat-ubatan; penyelidikan lanjutan diperlukan untuk menambah baik reka bentuk dan mensasarkan peranti ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information