Pengurangan garam secara sederhana menurunkan tekanan darah dalam kalangan semua kumpulan etnik pada semua tahap tekanan darah tanpa kesan konsekuen buruk.

Syor kesihatan awam di kebanyakan negara adalah untuk mengurangkan pengambilan garam daripada paras sedia ada iaitu 9-12 gram sehari kepada 5-6 gram sehari. Analisis gabungan kajian rawak kami yang berdurasi 4 minggu atau lebih menunjukkan pengurangan pengambilan garam menurunkan tekanan darah dalam individu dengan tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah. Penurunan tekanan darah dapat ditunjukkan dalam kalangan lelaki dan wanita kedua-dua golongan berkulit hitam dan putih. Tambahan juga, keputusan kami menunjukkan pengurangan pengambilan garam jangka masa panjang tiada kesan buruk kepada hormon dan paras lipid. Penemuan ini memberi sokongan lebih kuat untuk mengurangkan pengambilan garam dalam populasi. Ia berkemungkinan menurunkan tekanan darah dalam populasi dan mengurangkan strok, serangan jantung dan kegagalan jantung. Tambahan pula, keputusan kami adalah konsisten dengan fakta bahawa semakin rendah pengambilan garam, semakin rendah tekanan darah. Cadangan terkini untuk mengurangkan pengambilan garam kepada 5 ke 6 gram sehari akan menurunkan tekanan darah, tetapi pengurangan kepada 3 gram sehari akan mengurangkan lagi tekanan darah. Oleh itu, 3 gram sehari harus menjadi sasaran jangka panjang kadar pengambilan garam dalam populasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Solihin Zahari (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi soloihin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information