Perbezaan keberkesanan dan kesan buruk di antara pelbagai jenis progestogen yang digabung dengan ethinyl oestradiol (pil kontraseptif gabungan)

Kontraseptif oral gabungan (COC) mempunyai satu komponen oestrogen dan progestogen. Jenis progestogen dan/atau amaun oestrogen atau progestogen boleh berbeza-beza dalam setiap pek pil kontraseptif oral. Objektif ulasan ini ialah untuk membandingkan dos-rendah COC yang sedia ada dengan kandungan pelbagai progestogen dari segi pencegahan kehamilan, corak perdarahan, kesan sampingan dan kadar penghentian.

Tiga puluh kajian telah dimasukkan dalam ulasan ini. Semua pil yang dikaji adalah setanding dalam mencegah kehamilan. Wanita yang menggunakan pil yang mengandungi levonorgestrel kurang cenderung untuk menghentikan pengambilan berbanding wanita yang menggunakan pil mengandungi norethisterone. Wanita yang menggunakan pil yang mengandungi gestodene mengalami kurang perdarahan di antara haid berbanding dengan wanita yang menggunakan pil yang mengandungi levonorgestrel tetapi ini memerlukan siasatan lanjut. Tiada cukup bukti berkualiti untuk membuat sebarang kesimpulan lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information