Cecair untuk orang yang menghidap meningitis bakteria akut

Soalan ulasan
Mengapakah kesan pemberian pelbagai isipadu cecair awal ke atas kematian dan akibat-akibat neurologi dalam kalangan orang yang menghidap meningitis bakteria akut penting?

Latarbelakang
Meningitis bakteria adalah infeksi cecair dalam kord spina dan keliling otak. Antibiotik diberikan sebagai rawatan. Penjagaan sokongan melibatkan ubatan lain dan kawalan pengambilan cecair. Terdapat percanggahan samada cecair perlu dihadkan atau tidak dihadkan memandangkan potensi risiko pemberian terlalu banyak cecair (otak bengkak) dan juga terlalu sedikit cecair (renjatan).

Ciri kajian
Bukti adalah terkini sehingga Mac 2016. Kami tidak menjumpai sebarang kajian dalam populasi dewasa dan memasukkan tiga kajian melibatkan 420 kanak-kanak. Kesemua kajian dijalankan di negara-negara di mana kadar kematian akibat meningitis adalah tinggi. Dalam satu kajian, sumber dana tidak dinyatakan. Dua kajian selebihnya dibiaya bersama oleh farmaseutikal berkaitan dengan agensi kerajaan dan agensi amal.

Keputusan-keputusan utama
Tiada kajian yang melaporkan hasil penjagaan kesihatan misalnya tempoh tinggal di hospital, kenaikan tekanan intrakranial, atau status epileptikus. Satu kesan buruk dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai pengambilan cecair terhad adalah kemungkinan aras natrium dalam darah yang rendah dan oleh itu mengalami lebih pengurangan cecair badan. Kesan buruk pemberian cecair tidak terhad dilaporkan dalam satu kajian sebagai bengkak muka untuk jangkamasa pendek dan aras natrium dalam darah yang rendah satu hingga dua hari selepas cecair diberikan, walaupun kajian terbesar tidak menjumpai perbezaan aras-aras natrium darah.

Ulasan ini mendapati bukti terbatas daripada kajian-kajian tersebut untuk menyokong pemberian cecair yang tidak terhad dalam persekitaran yang mempunyai kadar mortaliti tinggi. Tidak terdapat sebarang bukti bagi membantu klinisian mengenai terapi cecair dalam kalangan pesakit dewasa dengan meningitis bakteria akut. Kajian lanjutan diperlukan berkenaan aspek ini di masa hadapan

.Kualiti bukti
Analisis kajian sedia ada mendapati bukti berkualiti rendah berkenaan perbezaan tidak ketara di antara rejimen pengekalan berbanding rejimen cecair terhad untuk hasil kematian dan komplikasi-komplikasi neurologi akut yang teruk. Terdapat juga sedikit bukti yang menyokong terapi cecair pengekalan berbanding cecair terhad untuk komplikasi neurologikal teruk yang kronik pada tiga bulan susulan, tetapi kualiti bukti adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi hairulnizam@usm.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College)

Tools
Information