Kemoterapi selepas pembedahan (bantuan) untuk kanser ovari epitelium peringkat awal

Apakah isunya?

Rawatan awal kanser ovari (OC) adalah pembedahan untuk membuang tisu kanser. Ia juga bertujuan untuk menggred penyakit. Pembedahan penggredan dalam OC dikira optima (sempurna) bilamana ia melibatkan pembuangan rahim, tiub fallopian, dan ovari, juga pembuangan lapisan lemak yang terlekat pada usus (omentum), dan persampelan cecair abdomen, nod-nod limfa pelvik dan para-aortik, dinding tepi pelvik dan 'gutter' parakolik, dan diafragma. OC juga digredkan 1, 2, atau 3 (perbezaan sangat ketara, sederhana, atau lemah), dan OC yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara (gred 1) dikaitkan dengan prognosis terbaik. Selepas pembedahan, kebanyakan wanita yang mempunyai OC ditawarkan bantuan kemoterapi (tambahan) dengan ubat yang mengandungi platinum. Walau bagaimanapun, pada masa lalu wanita di tahap Ia dan Ib secara rutinnya tidak ditawarkan kemoterapi kerana risiko komplikasi rawatan melebihi manfaat kelangsungan hidup.

Ini merupakan sorotan Cochrane versi terdahulu yang dikemaskini, yang mendapati wanita OC di tahap awal yang telah menerima bantuan kemoterapi (AC) hidup lebih lama berbanding wanita yang tidak, dan mengambil masa yang lebih lama untuk penyakit berulang selepas rawatan pertama.

Apa yang kami lakukan?

Kami memasukkan kajian AC yang terkawal dan rawak berbanding pemerhatian selepas pembedahan wanita yang telah didiagnos dengan OC tahap awal dan menggabungkan data hasil kajian bilamana mana perlu.

Apakah bukti yang kami temui?

Pencarian literatur kami adalah sehingga 24 Mac 2015 dan mempunyai lima kajian dalam sorotan yang melibatkan 1277 wanita yang menghidap OC tahap awal, dan memperolehi data dari empat kajian yang berkualiti baik. Kebanyakan wanita (melebihi 95%) mempunyai OC tahap I. Untuk pengemaskinian ini, kami mengenalpasti satu penerbitan yang telah pun dimasukkan dalam sorotan dengan keputusan rawalan susulan selama 10 tahun , tetapi tidak menjumpai kajian baru. Kami menjumpai bukti berkualiti tinggi bahawa wanita yang telah didiagnos dengan OC tahap awal yang telah menerima AC selepas pembedahan bagi pembuangan dan penggredan penyakit mempunyai risiko kematian yang lebih rendah dalam tempoh 10 tahun berbanding wanita yang tidak menerima AC (kumpulan pemerhatian), dan risiko yang lebih rendah bagi pengulangan kanser dalam masa 10 tahun selepas rawatan (lihat 'Cates plot', Gambarajah 4 hingga 7). Bukti berkualiti rendah mencadangkan wanita yang lebih berisiko bagi penyakit ini mungkin mendapat lebih manfaat daripada AC, tetapi kami tidak boleh mengabaikan manfaat kelangsungan hidup bagi tahap awal yang lain penyakit ini. Kemoterapi boleh punyai kesan sampingan tetapi kami tidak memperolehi data yang mencukupi untuk membandingkan perkara yang tidak diingini dan risiko jangka panjang di antara kumpulan kemoterapi dan kumpulan pemerhatian.

Apakah maksudnya?

Dalam kanser ovari peringkat awal, AC menambah baik kebolehan untuk hidup dan merendahkan risiko berulangnya kanser ovari berbanding tanpa AC. Oleh itu AC di tahap awal penyakit seharusnya dipertimbangkan bagi semua wanita. Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan samada wanita berisiko lebih rendah di tahap awal penyakit akan mendapat manfaat yang banyak daripada AC dan keputusan untuk menggunakan AC seharusnya mengambil kira ketidakpastian ini, dan ketidakpastian mengenai kejadian yang tidak diingini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save