Bolehkah program kawalan tembakau termasuk kempen media massa membantu mengurangkan tahap merokok dalam kalangan orang dewasa?

Latar Belakang

Program media massa melibatkan komunikasi melalui televisyen, radio, surat khabar, papan iklan, poster, risalah atau buku kecil, dengan tujuan menggalakkan perokok berhenti dan mengekalkan sikap menahan diri dalam kalangan bukan perokok. Adalah susah untuk mewujudkan peranan media massa dalam proses ini dan mereka memerlukan rekabentuk metodologi yang ketat.

Soalan ulasan

Untuk menilai keberkesanan intervensi media massa dalam mengurangkan kelakuan merokok dalam kalangan dewasa.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik mencari sehingga 30 November 2016, dan mendapati 11 kajian yang berkaitan untuk ulasan ini. Bilangan peserta berbeza-beza antara kajian yang dimasukkan. Semua kajian melibatkan orang dewasa, walaupun beberapa kajian juga memasukkan orang yang lebih muda (14+ atau 15+). Kempen melibatkan TV, radio, media cetak dan papan iklan. Kajian berbeza dalam aspek tempat, tempoh, kandungan intervensi, tempoh pemerhatian, langkah untuk mengenal pasti tingkah laku merokok dan cara untuk menunjukkan hasil kajian. Dua kempen melaporkan penurunan yang pasti dalam prevalens merokok, dan beberapa kesan positif diperhatikan dalam tiga lagi. Tiga kempen berskala besar melaporkan penggunaan tembakau yang lebih rendah. Tiga kajian menunjukkan beberapa kesan positif dalam sikap menahan diri atau kadar berhenti. Satu kajian tidak menunjukkan penurunan ketara tetapi menunjukkan satu kesan intervensi kepada perokok dan orang yang pernah merokok digabungkan.

Keputusan utama

Program kawalan tembakau yang melibatkan media massa boleh mengubah tingkah laku merokok dalam kalangan dewasa tetapi bukti yang didapati daripada kajian yang mempunyai kualiti and skala yang berbeza serta sering berlaku dalam persekitaran di mana terdapat pengaruh lain terhadap merokok, sehingga sukar untuk mengenal pasti kesan media massa itu sendiri. Tiada corak yang konsisten mengikut umur, pendidikan, etnik atau jantina ditemui.

Kualiti bukti

Terdapat masalah dengan rekabentuk dan tatakelakuan dalam semua kajian ini, mengaburkan bukti ulasan. Ia akan membantu jika kajian masa depan dapat merangkumi komuniti pembanding di mana tiada intervesi media massa yang berlaku untuk mendapatkan anggaran yang lebih baik mengenai kesan kempen media massa.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Phang Yee Lin (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Phang.YeeLin@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save