Aripiprazole bagi rawatan skizofrenia

Skizofrenia adalah penyakit mental yang serius, kronik dan berulang dengan kekerapan seumur hidup seluruh penduduk dunia sekitar satu peratus.

Antipsikotik tipikal atau lazim generasi pertama seperti chlorpromazine dan haloperidol telah menjadi tulang belakang atau keutamaan rawatan sehinggalah pengenalan antipsikotik bukan tipikal generasi kedua seperti risperidone dan olanzapine. Antipsikotik tipikal dan bukan tipikal memberikan respon rawatan bagi kebanyakan orang yang mempunyai simtom skizofrenia, sama ada ianya pengurangan episod psikotik atau pengurangan keterukan penyakit mereka. Walau bagaimanapun, sebahagian pesakit masih tidak memberikan respon yang mencukupi kepada ubat antipsikotik. Tambahan pula, ubat antipsikotik bukan tipikal dan terutamanya tipikal mempunyai kaitan dengan kesan-kesan buruk yang serius dan kerap boleh mengkompromi kepatuhan pengambilan ubat dan yang demikian menambah insiden ulangan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save