Vitamin antioksidan untuk mencegah dan melambatkan progresi katarak berkaitan usia

Katarak berlaku apabila lensa normal yang jernih di dalam mata menjadi kabut. Katarak ialah penyebab utama pengurangan penglihatan yang boleh diperbetul di seluruh dunia. Kebanyakan katarak berlaku secara perlahan dengan peningkatan usia. Walau bagaimanapun, katarak juga mungkin berkait dengan penyakit genetik dan keadaan perubatan seperti kencing manis. Faktor-faktor lain seperti kekurangan nutrisii, kerosakan matahari, radiasi, kortikosteroid, merokok, alkohol, trauma mata atau pembedahan mata boleh mempengaruhi pembentukan katarak.

Katarak ringan atau awal mungkin tidak menjejaskan penglihatan. Dalam sesetengah katarak, preskripsi kaca mata baru, pencahayaan lebih cerah ataupun kanta pembesar boleh mengatasi kekurangan penglihatan. Apabila intervensi ini gagal memperbaiki penglihatan yang buruk akibat katarak, pembuangan surgikal ekstraksi) ialah rawatan yang diterima umum sebagai rawatan yang berkesan. Walau bagaimanapun, pembedahan katarak dikaitkan dengan beberapa risiko. Anggaran kos tahunan pesakit luar, pesakit yang tinggal di hospital dan preskripsi ubat-ubatan yang berkaitan dengan rawatan katarak ialah sebanyak USD 6.8 bilion.

Penambahan vitamin antioksidan telah dikaji sebagai cara untuk mencegah pembentukan atau memlambatkan progresi katarak. Keputusan daripada kajian pengamatan adalah tidak konsisten.

Penulis ulasan mencari kajian rawak terkawal di mana penambahan vitamin antioksidan beta-karotena (provitamin A), vitamin C dan vitamin E dibanding dengan plasebo tidak aktif atau tiada penambahan. Sembilan kajian melibatkan 117,272 orang dewasa berumur 35 tahun ke atas telah dimasukkan ke dalam ulasan ini. Kajian-kajian tersebut dijalankan di Australia, Finland, India, Itali, United Kingdom dan Amerika Syarikat dan berkualiti metodologi tinggi. Dos antioksidan yang diberi di dalam setiap kajian adalah lebih tinggi daripada elaun harian antioksida yang disyorkan. Kajian-kajian tersebut tidak menyediakan bukti tentang kesan vitamin antioksidan beta-karotena, vitamin E dan vitamin C yang diberi secara tunggal atau secara gabungan dalam insidens katarak, ekstraksi ataupun progresi katarak dan kehilangan ketajaman penglihatan. Sesetengah peserta (7% hingga 16%) yang diberi beta-karotena mengalami kekuningan kulit (hypercarotenodermia).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information