Termotherapi (rawatan haba) untuk merawat osteoarthritis pada lutut

Untuk menjawab topik ini, saintis menemui dan menganalisis tiga kajian. Lebih 170 orang pesakit dengan osteoarthritis terus mengambil ubat-ubatan mereka tetapi menggunakan pek/tuala panas, sejuk atau ais dengan atau tanpa urutan atau tiada rawatan. Kajian ini tidak berkualiti tetapi ulasan Cochrane ini menyediakan bukti terbaik yang ada sekarang.

Apakah termoterapi dan bagaimana ia mungkin membantu osteoartritis pada lutut?
Osteoartritis (OA) adalah bentuk artritis paling umum yang melibatkan tangan, pinggang, bahu dan lutut. Dalam OA, tulang rawan yang melindungi hujung tulang menjadi rosak dan menyebabkan kesakitan dan bengkak. Termoterapi melibatkan penggunaan haba atau sejuk pada sendi untuk memperbaikkan gejala osteoarthritis dan boleh dilakukan dengan pek, tuala, lilin, dan sebagainya. Haba mungkin berfungsi dengan meningkatkan peredaran dan merehatkan otot, manakala sejuk boleh mengebas kesakitan, mengurangkan kebengkakan, mencerut saluran darah dan menyekat impuls saraf kepada sendi. Termoterapi boleh digunakan dalam program pemulihan atau di rumah.

Berapa baiknya termoterapi berfungsi?
Satu kajian menunjukkan bahawa mengurut dengan ais selama 20 minit, 5 hari seminggu selama 2 minggu, kekuatan otot kaki dan julat pergerakan lutut diperbaiki dan menurun masa untuk berjalan sebanyak 50 kaki berbanding tanpa rawatan.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pek ais selama 3 hari seminggu selama tiga minggu memperbaikkan sakit, sama dengan tiada rawatan.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pek sejuk selama 20 minit untuk 10 tempoh masa lebih mengurangkan kebengkakan berbanding tiada rawatan. Pek panas untuk jumlah masa yang sama mempunyai kesan yang sama pada kebengkakan berbanding tiada rawatan.

Adakah Ia selamat?
Tiada kesan sampingan dilaporkan dalam kajian, tetapi secara amnya, kajian melaporkan bahawa termoterapi adalah selamat apabila digunakan dengan berhati-hati.

Apakah intinya?
Oleh kerana kajian ini adalah kecil dan berkualiti rendah, tiada kesimpulan kukuh boleh dibuat. Terdapat bukti tahap"perak" bahawa urutan ais boleh digunakan untuk meningkatkan
julat pergerakan dan kekuatan lutut dan fungsi orang pesakit dengan osteoarthritis pada lutut. Pek sejuk boleh digunakan untuk mengurangkan kebengkakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save