Pemberian makanan lebih awal berbanding dengan lewat untuk mengurangkan komplikasi setelah pembedahan ginekologikal

Soalan ulasan

Apakah risiko dan manfaat pemakanan lebih awal berbanding dengan lewat untuk sekurang-kurangnya 24 jam selepas pembedahan ginekologikal abdominal?

Latar belakang

Doktor kerap melewatkan pemberian makanan dan minuman kepada pesakit wanita selepas pembedahan ginekologikal abdominal (fibroid rahim, endometriosis, sista ovari, kanser rahim dan ovari) setelah fungsi usus bersambung semula (biasanya 24 jam selepas pembedahan). Ini adalah untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti pemuntahan, gangguan gastro-usus dan kepecahan luka atau kebocoran. Namun, ia telah dicadangkan bahawa sesetengah wanita dapat pulih lebih cepat jika makanan diberikan lebih awal. Kami mengulas bukti daripada percubaan terkawal rawak untuk pemberian makanan awal dan lewat setelah pembedahan abdominal ginekologikal.

Ciri-ciri Kajian

Kami menilai bukti mengenai hasil-hasil berikut:

1. Loya, muntah, sakit perut, perut kembung, distin abdomen, komplikasi luka, thrombosis vena dalam, jangkitan saluran kencing, pneumonia.

2. Masa pertama untuk: bunyi usus, gas, najis, permulaan pemakanan diet biasa.

3. Tempoh penginapan hospital

Pemberian makanan awal ditakrifkan sebagai pengambilan cecair atau makanan dalam masa 24 jam selepas pembedahan.
Pemberian makanan lewat ditakrifkan sebagai pengambilan cecair atau makanan 24 jam selepas pembedahan, dan hanya jika terdapat bunyi usus, laluan gas atau najis, dan perasaan lapar.

Bukti ini adalah terkini sehingga April 2014

Keputusan utama

Kami memasukkan lima kajian yang diterbitkan yang melibatkan 631 wanita, kebanyakannya dengan kanser ginekologikal.

Pemulihan fungsi usus adalah lebih cepat bagi mereka dengan pemakanan awal. Tiada perbezaan dalam kadar perasaan loya atau pemuntahan, distensi abdominal, keperluan tiub nasogastric selepas pembedahan atau masa untuk pergerakan usus pertama, tetapi pemberian makanan awal dikaitkan dengan masa yang lebih singkat untuk bunyi usus dan permulaan gas. Kumpulan yang diberi makanan awal disambung semula dengan diet makanan pepejal 1½ hari lebih awal daripada kumpulan dengan pemberian makanan lewat, serta tempoh tinggal di hospital adalah sehari lebih pendek. Tambahan pula, kumpulan yang diberi makanan awal berasa lebih puas terhadap jadual waktu pemberian makanan, walaupun hanya satu kajian melaporkan ini.

Pemberian makanan awal nampaknya selamat, tanpa peningkatan komplikasi selepas pembedahan dan juga dengan lebih kurang komplikasi ijangkitan secara keseluruhan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sederhana. Batasan utama adalah kekurangan pembutaan, yang mungkin mempengaruhi penemuan untuk hasil subjektif seperti simtom-simtom yang dilaporkan sendiri, tempoh tinggal di hospital, kepuasan pesakit serta kualiti hidup.

Kesimpulan

Bukti mencadangkan bahawa memakan dan meminum pada hari pertama selepas pembedahan ginekologikal abdominal adalah selamat dan mungkin dapat mengurangkan tempoh tinggal di hospital.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Denise Chai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi denisechai@ms.pmc.edu.my

Tools
Information