Regimen antibiotik untuk merawat sepsis neonatal awal yang disyaki

Antibiotik untuk bayi baru lahir yang mungkin menghidapi jangkitan darah apabila berusia kurang dari 48 jam. Jangkitan darah (sepsis) boleh menyebabkan bayi-bayi baru lahir menjadi sakit tenat atau membunuh mereka. Sepsis pada bayi-bayi yang berusia kurang dari 48 jam dikenali sebagai sepsis neonatal awal (early neonatal sepsis). Ianya disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan dari ibu bayi. Doktor-doktor biasanya memberi antibiotik jika mereka mengesyaki keadaan yang bahaya ini kerana ianya sukar untuk mengecam samada bayi menghidapi early neonatal sepsis. Setengah antibiotik mempunyai kesan sampingan yang ketara dan penggunaannya boleh mengakibatkan rintangan antibiotik, yang seterusnya menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan kemungkinan kerosakan kepada usus, ginjal, hepar atau pendengaran. Pengarang-pengarang bagi kajian semula ini telah mengkaji kesusasteraan perubatan untuk mencari mana satu jenis antibiotik yang terbaik untuk early neonatal sepsis yang disyaki dan apakah kesan sampingan yang disebabkan oleh antibiotik itu. Mereka telah menjumpai 15 kajian yang berkaitan, tetapi hanya dua kajian yang bertumpu ke atas bayi-bayi berumur kurang dari 48 jam. Kedua-dua kajian ini melibatkan sejumlah 127 bayi-bayi baru lahir dan membandingkan bayi-bayi yang telah menerima satu jenis antibiotik (monotherapy) dengan bayi yang menerima lebih dari satu jenis antibiotik atau terapi kombinasi (combination therapy). Terdapat tiada perbezaan antara kedua-dua kumpulan. Kedua-dua kajian diterbitkan pada 1980an dan mungkin ketinggalan zaman. Pengarang-pengarang kajian semula ini merumuskan bahawa tiada bukti kukuh untuk menggunakan sesuatu antibiotik tertentu untuk sepsis neonatal awal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save