Ubat herba (ubat-ubatan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan) untuk merawat penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti tentang kesan dan keselamatan ubat herbal pada orang dengan semua jenis penyakit sel sabit, dari sebarang umur, dalam mana-mana tetapan.

Latar belakang

Penyakit sel sabit adalah penyakit darah yang diwarisi yang disebabkan oleh masalah pada pengeluaran hemoglobin. Hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Penyakit sel sabit berlaku apabila manusia mewarisi gen yang rosak bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin daripada kedua-dua ibu-bapa. Berbagai-bagai komplikasi dan jangka hayat yang berkurangan dikaitkan dengan penyakit sel sabit. Ubat herba adalah ubat-ubatan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dalam keadaan asalnya. Orang dengan penyakit sel sabit boleh menemui mereka dari segi ubat-ubatan dari pengamal ubat tradisional. Faedah mereka tidak dinilai secara sistematik. Kerja makmal telah lama menyarankan bahawa ubat-ubatan ini dapat membantu meringankan gejala penyakit sel sabit.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 24 Ogos 2017.

Ciri-ciri kajian

Dua kajian (182 peserta) dan dua ubat herba Niprisan® (juga dikenali sebagai Nicosan®) dan Ciklavit® dimasukkan.

Keputusan utama

Ulasan ini mendapati bahawa Niprisan® boleh membantu mengurangkan episod krisis penyakit sel sabit yang berkaitan dengan kesakitan yang teruk. Ciklavit®, yang telah dilaporkan mengurangkan krisis yang menyakitkan pada orang dengan penyakit sel sabit, patut mendapat kajian lanjut sebelum membuat cadangan mengenai penggunaannya. Kajian Ciklavit® juga melaporkan kemungkinan kesan buruk ke atas tahap anemia. Kedua-dua rumusan ini tidak melaporkan gejala buruk atau gangguan fungsi hati atau buah pinggang pada peserta. Kajian yang lebih terperinci dan lebih besar berkenaan ubat-ubatan ini perlu dilakukan sebelum kita boleh membuat sebarang cadangan mengenai penggunaannya. Kajian lanjut juga harus menilai langkah-langkah hasil jangka panjang.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari ulasan ini sebagai kualiti yang rendah sehingga sangat rendah, bergantung kepada hasil yang diukur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save