Rawatan untuk penyakit mitokondria

Mitokondria ditemui di dalam setiap sel manusia dan bertanggungjawab untuk pengeluaran tenaga terbesar setiap sel. Apabila mitokondria tidak berfungsi dengan betul, ia menyebabkan penyakit yang memberi kesan kepada banyak organ badan. Biasanya, ini adalah organ yang mempunyai keperluan tenaga yang paling tinggi, seperti otot, otak, mata, dan jantung, walaupun penyakit ini sangat berbeza. Sebagai satu kumpulan, keadaan ini dirujuk sebagai penyakit mitokondria, dan mereka boleh menyebabkan ketidakupayaan yang ketara atau kematian awal. Penyelidik menjalankan sorotan rawatan untuk penyakit mitokondria untuk menentukan sama ada rawatan yang ada berkesan. Penyelidik mengenal pasti 12 kajian rawak terkawal yang mempunyai kualiti yang cukup tinggi untuk dimasukkan ke dalam sorotan. Daripada jumlah ini, lapan adalah kajian baru yang telah diterbitkan sejak versi sorotan sebelumnya. Dua kajian yang termasuk dalam versi sorotan sebelumnya telah dikecualikan kerana risiko yang tinggi bahawa hasil kajian mungkin berat sebelah.

Kajian yang disertakan tidak mudah dibandingkan kerana perbezaan pada rawatan yang dikaji, dos rawatan, tempoh kajian (dan perbezaan lain dalam kaedah kajian), dan perbezaan jenis peserta yang terlibat dengan penyelidikan. Kajian ini secara umumnya direka dengan baik untuk mengurangkan kemungkinan berat sebelah, walaupun untuk kebanyakan kajian kaedah yang menerangkan cara peserta dirawak tidak diterangkan secara terperinci. Jika tidak, risiko berat sebelah adalah rendah untuk kebanyakan kajian dalam kategori lain. Kesan sampingan yang serius dalam rawatan adalah tidak biasa, kecuali kerosakan saraf dalam kajian jangka panjang dichloroacetate pada orang dewasa.

Satu kajian mengkaji rawatan koenzim Q10 dos tinggi. Rawatan ini tidak mempunyai manfaat klinikal. Tiga kajian menggunakan creatine monohidrat: satu kajian melaporkan peningkatan kekuatan otot dan pengukuran biokimia, tetapi dua kajian lain melaporkan tiada manfaat (jumlah 38 peserta). Satu kajian mengkaji kesan gabungan koenzim Q10, creatine monohidrat dan asid lipoik, dan melaporkan peningkatan ketara dalam pengukuran biokimia dan kekuatan buku tali secara statistik, tetapi tiada peningkatan klinikal (16 peserta). Lima kajian mengkaji kesan dichloroacetate: tiga kajian pada kanak-kanak menunjukkan peningkatan ketara dalam pengukuran biokimia secara statistik tetapi tiada manfaat klinikal terhadap pengukuran fisiologi dan ujian senaman (jumlah 63 peserta); satu kajian terapi jangka pendek pada orang dewasa tidak menunjukkan peningkatan klinikal dalam ukuran fisiologi (jumlah lapan peserta), dan satu kajian jangka panjang pada orang dewasa telah ditamatkan secara pramatang akibat kesan sampingan tanpa faedah klinikal (menggunakan skala gabungan kesan rawatan, dalam 30 peserta). Satu kajian menggunakan dimethylglycine tidak menunjukkan kesan yang ketara terhadap penanda biokimia dalam lima peserta. Satu kajian menggunakan suplemen berasaskan wei menunjukkan peningkatan yang ketara secara statistik dalam penanda biokimia tetapi tiada manfaat klinikal dalam kekuatan otot atau pada persoalan kesihatan (13 peserta).

Lebih banyak kajian rawak secara terkawal yang berkualiti tinggi diperlukan. Mereka harus tegas menangani hasil yang berkaitan dengan penjagaan pesakit dan kualiti hidup, dan mengkaji ini dalam sub-jenis penyakit mitokondria pada satu masa. Suplemen nutrisi koleksi terkini tidak dilihat sebagai berkesan dan kajian pada masa depan perlu mengkaji rawatan baru.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save