Menggunakan vaksin gabungan untuk melindungi kanak-kanak daripada campak, beguk dan rubella

Campak, beguk dan rubella (Measles, mumps and rubella) (MMR) adalah tiga penyakit berjangkit yang sangat merbahaya yang boleh membawa kepada morbiditi yang serius, kecacatan dan kematian di negara-negara berpendapatan rendah.

Berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh tiga kajian kohort (3104 peserta), vaksinasi dengan satu dos vaksin MMR sekurang-kurangnya 95% berkesan untuk mencegah campak klinikal di kalangan kanak-kanak prasekolah; bagi kanak-kanak sekolah dan remaja pula sekurang-kurangnya satu dos vaksin MMR adalah 98% berkesan dalam pencegahan kes campak yang telah sah oleh ujian makmal; satu atau dua dos MMR masing-masing 92% dan 95% berkesan dalam pencegahan kes campak sekundar.

Sekurang-kurangnya satu dos vaksin MMR berkesan untuk mencegah beguk klinikal di kalangan kanak-kanak dan remaja apabila disediakan dengan "Jeryl Lynn strains" (keberkesanan vaksin = 69% kepada 81%, satu kohort dan satu kajian kes-kawalan, 1656 peserta), dan juga apabila disediakan dengan "Urabe strain" (keberkesanan vaksin = 70% kepada 75%, satu kohort dan satu kajian kes-kawalan, 1964 peserta). Keberkesanan terhadap beguk yang dipastikan dalam makmal pada kanak-kanak dan remaja dianggarkan antara 64% hingga 66% untuk satu dan 83% kepada 88% untuk dua dos "Jeryl Lynn" MMR (dua kajian kes-kawalan, 1664 peserta) dan 87% untuk MMR mengandungi"Urabe" - (satu kajian kohort, 48 peserta). Vaksinasi dengan "Urabe" MMR memberikan perlindungan terhadap jangkitan sekunder beguk (keberkesanan vaksin = 73%, satu kajian kohort, 147 peserta).

Kami mengenalpasti bahawa tiada kajian yang menilai keberkesanan vaksin MMR terhadap rubella klinikal atau disahkan makmal.

Keputusan daripada dua siri kes kajian yang sangat besar melibatkan seramai 1,500,000 kanak-kanak yang diberi vaksin MMR mengandungi "Urabe atau Leningrad-Zagreb strains" menunjukkan vaksin ini harus dikaitkan dengan meningitis aseptik; sedangkan pengurusan vaksin mengandungi "Moraten, Jeryl Lynn, Wistar RA, RIT 4385 strains" dikaitkan dengan konvulsi febril pada kanak-kanak berumur di bawah lima tahun (kajian kohort masa satu orang, 537.171 peserta; dua kajian siri kes kawal diri, 1001 peserta). Vaksin MMR juga boleh dikaitkan dengan "thrombocytopaenic idiopathic purpura" (dua kes-kawalan, 2450 peserta, satu siri kes berkawal diri , 63 peserta).

Kami boleh menilai hubungan yang tidak ketara antara MMR imunisasi dan syarat-syarat yang berikut: autism, asma, leukemia, demam hay, kencing manis jenis 1,gangguan gaya berjalan, penyakit Crohn, penyakit demyelinating, atau jangkitan bakteria atau virus. Kualiti metodologi daripada banyak kajian yang dilibatkan membuat ia sukar untuk mengumumkan keputusan mereka.

Glosari istilah reka bentuk kajian boleh didapati dalam ulasan teks penuh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save