Adakah suntikan ubat cairkan darah diberikan selepas pembedahan abdomen akan mengurangkan pembekuan darah jika suntikan diteruskan selepas keluar dari hospital?

Soalan ulasan

Bagi orang yang menjalani pembedahan pada perut dan pelvis, adakah penerusan suntikan ubat mencairkan darah setelah keluar dari hospital mengurangkan kemungkinan mendapat pembekuan darah di bahagian kaki atau paru-paru jika dibandingkan dengan rawatan biasa di hospital?

Mengapakah ini penting?

Komplikasi pembentukan pembekuan darah adalah dari tanpa sebarang gejala kepada berpotensi untuk membawa maut, bergantung kepada lokasi dan keparahan darah beku. Selepas pembedahan, pesakit dianggap selamat untuk keluar hospital. Bukti mencadangkan bahawa terdapat risiko berterusan untuk mendapat bekuan darah dalam mingguan atau bulanan berikutan operasi. Walaupun disyorkan oleh beberapa garis panduan, tidak semua doktor mengesyorkan pesakit selepas pembedahan untuk balik rumah dengan satu siri suntikan cair darah yang berpanjangan.

Apa yang ditemui?

Tujuh kajian telah ditemui yang membahaskan soalan ini. Ini termasuklah sejumlah 1728 pesakit. Suntikan ubat mencairkan darah yang berterusan selepas keluar dari hospital dapat menurunkan risiko pembekuan darah pada anggota badan dan paru-paru. Kajian ini menentukan bahawa kejadian keseluruhan pembekuan darah dikurangkan dari 13.2%, apabila tiada suntikan mencairkan darah pasca pelepasan yang di gunakan hingga 5.3% apabila suntikan ubat mencairkan darah ditetapkan selama sekurang-kurangnya 14 hari selepas keluar hospital dalam 30 hari rawatan susulan. Kedua-dua pembekuan darah yang simptomatik dan pembekuan darah tanpa gejala dapat dikurangkan dengan penggunaan suntikan ubat mencairkan darah yang berpanjangan dalam pesakit selepas operasi. Tidak terdapat peningkatan komplikasi pendarahan atau kematian dapat diperhatikan pada pesakit yang dirawat dengan suntikan ubat mencairkan darah yang berlanjutan walaupun kedua-dua kesan tersebut adalah kebimbangan biasa apabila ubat cair darah digunakan.

Apakah maksudnya?

Penerusan suntikan ubat mencairkan darah sekurang-kurangnya 14 hari selepas pembedahan perut atau pelvis dapat mengurangkan risiko pembekuan darah.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information