Dos tunggal etoricoxib oral untuk kesakitan akut pasca pembedahan di kalangan orang dewasa

Kesakitan akut sering dirasakan sejurus selepas kecederaan. Kebanyakan orang yang telah menjalani pembedahan mengalami kesakitan sederhana atau teruk selepas itu. Orang yang mengalami kesakitan digunakan untuk menguji ubat-ubat penahan sakit. Mereka sering kali sudah mengalami gigi geraham bongsu mereka dicabut. Kesakitan tersebut sering dirawat dengan ubat penahan sakit yang diambil melalui mulut. Keputusan ujian boleh diaplikasikan untuk bentuk kesakitan akut yang lain.

Satu siri ulasan melihat kepada betapa berkesannya ubat-ubat penahan sakit. Ulasan ini telah melihat kepada sejenis ubat yang dipanggil etoricoxib. Ini adalah sejenis ubat penahan sakit yang dipanggil NSAID (ubat anti-radang bukan steroid). Jumlah keredaan kesakitan yang dialami bergantung kepada dos yang diambil.

Kami menemui enam kajian klinikal dengan 1214 orang. Satu dos 120mg etoricoxib menghasikan keredaan kesakitan yang berguna dalam 7 daripada 10 (66%) orang dengan kesakitan sederhana atau teruk, berbanding lebih sedikit 1 dalam 10 (12%) dengan plasebo. Satu dos 90mg menghasilkan keputusan yang sama dalam satu kajian besar. Keredaan kesakitan bertahan selama 20 jam dalam separuh daripada orang yang dirawat.

Peristiwa buruk berlaku pada kadar yang sama dengan etoricoxib dan dengan plasebo dalam kajian-kajian dos tunggal ini. Tiada peristiwa buruk yang serius atau penarikan diri disebabkan peristiwa buruk yang berlaku dengan etoricoxib.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick).

Tools
Information