Jahitan laras berbanding jahitan tetap untuk pembedahan strabismus (mata juling)

Apakah matlamat ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui jika jahitan laras adalah lebih baik daripada jahitan tetap untuk pembedahan strabismus (mata juling). Penyelidik Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan menemui satu kajian.

Mesej-mesej utama
Ulasan menunjukkan bahawa terdapat jurang bukti mengenai topik ini. Para penyelidik Cochrane mendapati hanya satu kajian kecil untuk menjawab soalan ini dan hasilnya tidak menentu.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Strabismus berlaku apabila mata menyimpang (bergerak) dari penjajaran yang paling sempurna. Ini biasanya dikenali sebagai mata juling. Strabismus boleh diperbetulkan oleh pembedahan pada otot yang mengelilingi mata. Pelbagai teknik pembedahan boleh didapati, termasuk penggunaan jahitan laras atau tetap. Terdapat ketidakpastian tentang mana teknik jahitan ini menghasilkan penjajaran mata yang lebih baik dan sama ada terdapat kelemahan kepada teknik.

Apakah keputusan utama ulasan?
Penyelidik Cochrane mendapati satu kajian yang berkaitan dari Mesir. Enam puluh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mengambil bahagian dalam kajian yang membandingkan jahitan laras dengan jahitan tetap dan mengikuti peserta selama enam bulan.

Secara klinikal, mungkin terdapat peluang peningkatan yang kecil dari hasil yang berjaya dengan jahitan laras, tetapi hasilnya tidak menunjukkan perbezaan statistik. Para penyelidik Cochrane menilai ini untuk menjadi bukti kepastian yang rendah.

Adakah ulasan ini terkini?
Penyelidik Cochrane telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 13 Jun 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save