Suplemen hormon tiroid untuk pencegahan morbiditi dan kematian pada bayi yang menjalani pembedahan jantung

Terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menyokong penggunaan suplemen triiodothyronine untuk pencegahan morbiditi dan kematian selepas pembedahan pada bayi yang menjalani pintasan kardiopulmonari. Hormon tiroid adalah sebahagian dalam metabolisme sel dan kestabilan hemodinamik. Hipotiroidisme yang diperolehi secara sementara berlaku selepas pintasan kardiopulmonari dan dianggap berkaitan dengan pengepaman injap jantung yang lemah, disfungsi ventrikel kiri, peningkatan rintangan vaskular dan pemacu ventilasi yang rosak. Suplemen hormon tiroid telah dipostulatkan sebagai pilihan terapeutik yang berkemungkinan untuk memperbaiki langkah-langkah hasil selepas pembedahan. Ulasan ini menekankan kekurangan bukti mengenai manfaat dan kemudaratan suplemen triiodothyronine pada bayi yang menjalani pintasan kardiopulmonari.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save