Terapi mampatan untuk pencegahan sindrom pasca trombotik

Latar belakang

Deep vein thrombosis (DVT) berlaku apabila darah beku menghalang aliran darah melalui vena. Satu dalam setiap tiga orang yang mengidap DVT akan mengalami sakit kronik, bengkak, dan perubahan kulit di kaki, yang disebut sindrom pasca-trombotik (PTS). Terapi mampatan dengan, misalnya, stoking mampatan elastik digunakan untuk mengurangkan bengkak dan memperbaiki aliran darah di urat kaki. Orang dengan DVT boleh mengurangkan peluang untuk mendapat PTS dengan memakai stoking mampatan elastik. Objektif penyelidik adalah untuk menentukan keberkesanan dan kadar komplikasi apabila terapi mampatan digunakan pada orang dengan DVT untuk pencegahan PTS.

Ciri-ciri kajian dan keputusan

Penyelidik mengenal pasti 10 kajian rawak terkawal dengan jumlah 2361 peserta yang menilai terapi mampatan (semasa sehingga Mac 2017). Penyelidik menggabungkan lima kajian untuk menilai hasil utama penyelidik- PTS. Penyelidik mendapati bahawa orang dengan DVT yang memakai stoking mampatan elastik kurang berkemungkinan untuk membangunkan PTS, dan pemampatan itu tidak membawa kepada penurunan PTS yang teruk. Kami mendapati tiada perbezaan yang jelas dalam kejadian embolisme pulmonari (penyumbatan arteri dalam paru-paru) atau dalam laporan DVT yang berulang. Mampatan dalam fasa akut DVT berbanding dengan rawatan "tanpa mampatan" tidak mengurangkan kejadian PTS. Stoking panjang paha tidak memberikan perlindungan yang lebih daripada mendapat PTS daripada stoking panjang lutut. Satu kajian melaporkan bahawa memakai stoking mampatan selama dua tahun nampaknya lebih unggul daripada memakainya selama satu tahun dari segi kejadian PTS. Rawatan mampatan tidak kelihatan untuk meningkatkan kualiti hidup, kecuali dalam tempoh sembilan hari pertama selepas DVT, tetapi penyelidik tidak boleh membuat kesimpulan sebenar mengenai hasil ini. Kesan sampingan termasuk gatal, erythema, dan bentuk tindak balas alergi yang lain. Penyiasat kajian melaporkan tiada kesan sampingan yang serius dan menunjukkan bahawa pematuhan penggunaan stoking mampatan biasanya tinggi tetapi ia berbeza-beza merentasi kajian.

Kualiti bukti

Walaupun kajian menunjukkan pengurangan bilangan orang yang membangunkan PTS, kualiti bukti adalah rendah kerana perbezaan yang ketara antara kajian dan kekurangan atau ketidaktujelasan yang jelas kerana skor penilaian klinikal. Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang terlibat mempunyai kualiti metodologi yang kurang baik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save