Keberkesanan intervensi alkohol ringkas dalam populasi penjagaan primer

Apakah matlamat ulasan ini?

Kami berhasrat untuk mengetahui sama ada intervensi ringkas dengan doktor dan jururawat di amalan umum atau penjagaan kecemasan boleh mengurangkan pengambilan alkohol berlebihan. Kami menilai penemuan daripada 69 kajian yang melibatkan sejumlah 33,642 peserta; daripada ini 34 kajian (15,197 peserta) menyediakan data untuk analisis utama.

Mesej-mesej utama

Intervensi ringkas di persekitaran penjagaan primer bertujuan untuk mengurangkan pengambilan alkohol berlebihan berbanding dengan orang yang menerima penjagaan biasa atau maklumat bertulis ringkas. Intervensi yang lebih lama mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada pengambilan alkohol berlebihan berbanding intervensi ringkas.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Salah satu cara untuk mengurangkan pengambilan alkohol berlebihan mungkin bagi doktor dan jururawat memberi nasihat ringkas atau kaunseling ringkas kepada orang sasaran yang berunding dengan pengamal am atau penyedia penjagaan kesihatan primer yang lain. Orang yang menghadiri penjagaan kesihatan primer secara rutin ditanya mengenai tingkah laku meminum mereka kerana penggunaan alkohol boleh mempengaruhi banyak keadaan kesihatan.

Intervensi ringkas biasanya merangkumi maklum balas mengenai penggunaan alkohol dan bahaya yang berkaitan dengan kesihatan, pengenalpastian keadaan berrisiko tinggi pengambilan alkohol berlebihan, nasihat mudah mengenai cara untuk mengurangkan minum, strategi yang boleh meningkatkan motivasi untuk mengubah tingkah laku minum, dan pembentukan rancangan peribadi untuk mengurangkan minum. Intervensi ringkat dirancang untuk disampaikan dalam konsultasi regular, biasanya 5 hingga 15 minit dengan doktor dan sekitar 20 hingga 30 menit dengan jururawat. Walaupun berdurasi pendek, intervensi ringkas boleh disampaikan dalam satu hingga lima sesi. Kami tidak memasukkan intervensi digital dalam ulasan ini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga September 2017.

Pembiayaan kajian

Sumber pembiayaan dilaporkan oleh 60 (87%) kajian. Daripada jumlah ini, 58 kajian telah dibiayai oleh institut kerajaan, badan penyelidikan atau yayasan amal. Sebahagian daripada satu kajian dibiayai oleh sebuah syarikat farmaseutikal dan persatuan pembuat bir, satu lagi kajjian dibiaya oleh sebuah syarikat yang membangun peralatan ujian diagnostik. Sembilan kajian tidak melaporkan sumber pembiayaan.

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami memasukkan 69 kajian terkawal yang dijalankan di banyak negara. Kebanyakan kajian dijalankan dalam amalan umum dan penjagaan kecemasan. Peserta kajian mendapat intervensi ringkas atau penjagaan biasa atau maklumat bertulis mengenai alkohol (kumpulan kawalan).

Jumlah alkohol yang diminum setiap minggu dilaporkan dalam 34 kajian (15,197 peserta) pada satu tahun susulan dan menunjukkan bahawa orang yang menerima intervensi ringkas meminum kurang daripada peserta kumpulan kawalan (bukti berkualiti sederhana). Pengurangan adalah sekitar kurang dari satu pint bir (475 mL) atau satu pertiga daripada sebotol wain (250 mL) setiap minggu.

Kaunseling yang lebih lama mungkin memberikan sedikit manfaat tambahan berbanding intervensi ringkas atau tiada intervensi.

Satu kajian melaporkan bahawa intervensi tersebut menjejaskan minum lewah bagi wanita, dan dua kajian melaporkan tiada kesan buruk yang timbul akibat menerima intervensi ringkas. Kebanyakan kajian tidak menyebut kesan buruk.

Kualiti bukti

Penemuan mungkin telah terpengaruh kerana peserta dan pengamal sering menyedari bahawa intervensi ringkas memberi tumpuan kepada alkohol. Selain itu, beberapa peserta tidak dapat dihubungi pada satu tahun susulan untuk melaporkan tahap minum. Secara keseluruhan, kebanyakan bukti dinilai sebagai berkualiti sederhana. Ini bermakna saiz kesan dan arah yang dilaporkan mungkin hampir dengan kesan sebenar intervensi ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information