Litium untuk rawatan akut mania

Soalan ulasan

Adakah litium (ubat menstabilkan mood) sama keberkesanan dalam merawat episod mania (mood tinggi) dengan rawatan ubat lain yang disediakan atau terapi elektrokonvulsif (ECT)?

Latar belakang

Gangguan bipolar adalah keadaan biasa di mana orang mengalami episod mood yang rendah (kemurungan) dan mood tinggi (mania). Gejala-gejala gangguan bipolar mungkin menurunkan kualiti hidup. Secara tradisinya, pelbagai ubat-ubatan telah digunakan untuk merawat mania, termasuk ubat-ubatan yang cuba untuk mengurangkan perubahan mood (contohnya: lithium, valproate, lamotrigine, carbamazepine, divalproex, topiramate), dan ubat yang mengurangkan pengalaman yang menyedihkan, seperti mendengar suara atau mempunyai idea-idea yang luar biasa (contohnya olanzapine, risperidone, quetiapine, aripiprazole, haloperidol, chlorpromazine). ECT (memberikan satu kejutan elektrik kepada otak apabila pesakit diberi ubat bius) juga merupakan rawatan untuk mania. Kita sudah tahu bahawa litium adalah paling berkesan antara semua rawatan ini untuk menjaga baik pesakit dengan gangguan bipolar dalam jangka masa panjang, tetapi kita tidak tahu sama ada ia berkesan untuk merawat mania.

Kaedah

Pengarang kajian mencari kajian yang membandingkan lithium dengan rawatan lain untuk mania yang diterbitkan sehingga Mei 2018. Kami mengenal pasti 36 kajian rawak, termasuk 4220 peserta yang hadir ke hospital di sekurang-kurangnya 30 buah negara yang berbeza. Randomisation bermakna bahawa setiap peserta mempunyai peluang sama untuk dibahagikan kepada setiap kumpulan kajian, dan mengurangkan peluang bahawa faktor-faktor yang tidak diketahui tetapi penting boleh mempengaruhi kajian secara tidak sengaja. Tiga kajian memasukkan kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 18 tahun. Kajian ini membandingkan litium dengan plasebo (bahan tidak aktif), ECT dan 12 lain-lain ubat-ubatan bagi antara tiga dan 12 minggu.

Keputusan

Litium adalah satu rawatan berkesan untuk mania akut. Litium adalah lebih berkesan berbanding plasebo atau topiramate ubat antiepileptik. Sesetengah bukti wujud bahawa litium mungkin kurang berkesan daripada olanzapine ubat antipsikotik, tetapi ini memerlukan siasatan lanjut. Tiada bukti bahawa litium adalah lebih baik atau lebih teruk lagi untuk merawat mania daripada mana-mana ubat-ubatan lain, dan tidak cukup bukti untuk membuat kesimpulan yang bagi ECT.

Bukti tidak cukup untuk memberi jawapan yang pasti yang rawatan mana untuk mania mempunyai kesan sampingan yang paling sedikit. Terdapat kemungkinan bahawa lebih ramai orang akan mengalami satu gegaran ringan apabila dirawat dengan litium berbanding rawatan lain. Peserta tidak lebih cenderung untuk menarik diri daripada satu kajian jika mereka dirawat dengan litium berbanding rawatan lain.

Soalan yang tidak dijawab tetap dan ini akan diselesaikan dengan lebih baik oleh kajian yang lagi besar dan direka dengan baik membandingkan lithium untuk rawatan lain untuk mania akut

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information