Kaedah pencegah kehamilan dengan hormon dan bukan hormon semasa laktasi

Kaedah pencegah kehamilan bagi wanita yang menyusu amat penting di seluruh dunia. Penangguhan kehamilan yang akan datang dapat meningkatkan kesihatan wanita dan anak. Setiap tahun, berjuta-juta wanita membuat keputusan sama ada menggunakan kaedah pencegah kehamilan selepas bersalin. Keputusan tersebut merangkumi jenis kaedah pencegah kehamilan dan bila bermula menggunanya Para penyelidik dan pegawai kesihatan membahaskan isu-isu ini. Sesetengah orang bimbang bahawa hormon akan menjejaskan susu ibu dan seterusnya perkembangan bayi. Jika boleh, kaedah pencegah kehamilan yang digunakan tidak akan menjejaskan jenis atau kuantiti susu ibu atau perkembangan bayi. Mengenal pasti masa yang terbaik bagi memulakan kaedah pencegah kehamilan juga amat penting. Bila haid bulanan kembali tidak boleh ditentukan dan wanita boleh mengandung lagi.

Gabungan kaedah pencegah kehamilan mengandungi hormon estrogen dan progestin. Kaedah pencegah kehamilan yang lain mengandungi progestin sahaja atau tidak mengandungi hormon langsung. Kami memandang sama ada gabungan kaedah pencegah kehamilan atau kaedah hanya dengan progestin sahaja akan menjejaskan penyusuan lebih daripada kaedah lain. Kami menjalankan carian komputer untuk percubaan rawak tentang kaedah pencegah kehamilan yang digunakan semasa penyusuan sehingga 2 Mac 2015. Ujikaji tersebut membandingkan kaedah hormon dengan kaedah hormon yang lain atau plasebo.(' kaedah dummy') Kami juga meneliti senarai rujukan untuk mencari ujikaji. Bagi semakan awal, kami menghubungi penyelidik bagi mencari ujikaji lain yang berkaitan.

Kami memasukkan 11 ujikaji yang mengandungi 1482 orang wanita. Ujikaji ini mengkaji tentang pelbagai kaedah pencegah penghamilan: pil, implan, suntikan Depo danperanti dalam rahim (intrauterine device, IUD) Beberapa ujikaji yang lama tidak mempunyai data yang mencukupi. Kebanyakan ujikaji menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang ketara akibat penggunaan kaedah pencegah penghamilan hormonal 2 daripada 8 ujikaji melaporkan bahawa wanita yang menggunakan kaedah pencegah penghamilan hormonal menghadapi kekurangan penyusuan. Satu ujikaji mengkaji pil gabungan tetapi tidak mempunyai keputusan yang mencukupi dan yang satu lagi mengkaji peranti dalam rahim hormon. Dalam satu kajian, bayi kepada ibu yang menggunakan implan mendapat lebih banyak berat badan daripada bayi kepada ibu yang tidak menggunakan kaedah pencegah penghamilan, manakala ia lebih rendah daripada bayi kepada ibu yang menggunakan suntikan Depo. Dua ujikaji mendapati bahawa pil gabungan mempunyai kesan negatif kepada isi padu dan kandungan susu ibu. Satu ujikaji tidak mempunyai data yang banyak. Ujikaji yang satu lagi menunjukkan bahawa ibu yang menggunakan pil gabungan menghasilkan jumlah susu badan yang kurang berbanding dengan ibu yang menggunakan pil yang mengandungi progestin sahaja.

Kami tidak dapat menjumpai informasi yang mencukupi bagi jenis kaedah pencegah penghamilan yang tertentu, dengan biasanya dua kajian setiap kaedah Keputusan ujikaji tidak konsisten merentasi semua ujikaji. Kesemuanya, kualiti data daripada ujikaji adalah sederhana. Data yang berkualiti baik menunjukkan bahawa kaedah pencegah penghamilan mempunyai kesan kecil kepada penyusuan susu badan atau perkembangan bayi

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Xiao Ying (Penang Medical College). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi xylee@ms.pmc.edu.my

Tools
Information