Agen imunosupresif untuk merawat IgA nefropati

Apakah isunya?
Nefropati IgA adalah penyakit buah pinggang yang menyebabkan penurunan fungsi buah pinggang dan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang dalam satu pertiga daripada orang yang terlibat. Penyebab nefropati IgA tidak diketahui, walaupun kebanyakan orang dengan penyakit ini mempunyai kelainan dalam sistem kekebalan tubuh mereka.

Apa yang kita lakukan?
Kami mencari semua ujian penyelidikan yang menilai kesan terapi imunosupresif IgA nephropathy pada bulan September 2019. Kami mengukur kepastian yang kami dapati mengenai rawatan menggunakan sistem yang dipanggil "GRADE".

Apakah yang kami dapati?
Kami mendapati 58 kajian yang melibatkan 3933 orang dewasa dan kanak-kanak yang dirawat dengan terapi imunosupresif. Pesakit dalam kajian telah diberikan sama ada steroid atau lain-lain bentuk terapi untuk mengurangkan tindakan sistem imun mereka. Rawatan yang mereka terima telah diputuskan secara rawak. Terapi steroid yang diambil selama 2 hingga 4 bulan mendapati memperlahankan kerosakan kepada buah pinggang dan mungkin menghalang pesakit daripada mengalami kegagalan buah pinggang. Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada steroid menyebabkan kesan sampingan seperti jangkitan serius. Satu kajian telah dihentikan awal kerana pesakit yang menerima terapi steroid mempunyai lebih banyak jangkitan daripada pesakit yang diberikan plasebo. Ubat-ubatan lain seperti cyclophosphaamide, azathioprine, dan mycophenolate mofetil tidak jelas melindungi fungsi ginjal dalam orang dengan IgA nephropathy.

Kesimpulan

Terapi steroid boleh menghalang kegagalan ginjal di IgA nefropati tetapi risiko jangkitan serius tidak pasti dengan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap QIao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information