Adakah strategi mengingatkan orang untuk vaksinasi meningkatkan bilangan orang yang menerima vaksinasi?

Tujuan ulasan ini

Tujuan ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada strategi mengingatkan orang ramai untuk menerima vaksin meningkatkan jumlah orang yang menerima vaksin. Ini adalah kemaskini ulasan Cochrane yang telah terdahulu diterbitkan.

Mesej utama

Mengingatkan orang ramai untuk menerima vaksinasi mereka meningkatkan kadar vaksinasi dalam populasi yang berbeza.

Apa yang dikaji?

Vaksinasi diguna untuk mencegah beberapa penyakit tetapi terdapat banyak variasi dalam liputan vaksin di wilayah dan negara yang berbeza. Ini membawa kepada kejadian penyakit-penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin, memberi kesan besar kepada individu dan masyarakat. Memaklumkan orang tentang vaksinasi akan datang atau memberitahu bahawa mereka telah terlepas vaksinasi mungkin membantu meningkatkan liputan dan mengurangkan kesan dan impak penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Kami mengulas 75 kajian untuk menilai sama ada mengingatkan orang untuk mendapatkan vaksinasi, berjaya. Kajian yang kami lihat adalah dari pelbagai persekitaran, seperti kawasan luar bandar, sekolah, praktis swasta dan jabatan kesihatan negeri. Kebanyakan kajian dilakukan di AS. Kajian-kajian memasukkan pelbagai kumpulan: bayi dan kanak-kanak, remaja dan dewasa yang memerlukan vaksinasi rutin, serta orang dewasa yang memerlukan vaksin influenza. Dalam kebanyakan kajian, peringatan adalah dalam bentuk panggilan telefon orang kepada orang, panggilan automatik, surat atau poskad. Dalam beberapa kajian terkini, pemesejan teks telah digunakan.

Apakah keputusan utama ulasan?

Ulasan kami mendapati bahawa mengingatkan orang ramai untuk vaksinasi mungkin meningkatkan bilangan orang yang menerima keputusan-keputusan kajian-kajian. Mengingatkan orang melalui telefon dan panggilan autodial, menghantar surat atau poskad, atau menghantar mesej teks meningkatkan vaksinasi. Gabungan beberapa peringatan juga berkesan. Mengingatkan orang melalui telefon adalah lebih berkesan berbanding jenis peringatan yang lain. Peningkatan vaksinasi dilihat dalam kalangan kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mengulas kajian yang telah diterbitkan sehingga Januari 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save