Ubat untuk mencegah kerosakan jantung pada pesakit kanser yang menerima anthracyclines

Anthracyclines adalah antara rawatan kemoterapi yang paling berkesan untuk pelbagai jenis kanser. Walaupun sedemikian, terdapat risiko kerosakan kepada jantung (cardiotoxicity) bergantung kepada dos yang terkumpul dalam badan. Ubat-ubat tertentu mungkin dapat menghalang kerosakan ini, tetapi bagi kebanyakkan ubat-ubatan ini, ulasan penulis mendapati tiada kualiti bukti yang tinggi sama ada ia berkesan dalam melindungi jantung dan mereka tidak dapat membuat kesimpulan berkenannya. Untuk dexrazoxane, ulasan penulis tersebut mendapati terdapat 10 kajian yang melibatkan lebih 1600 pesakit. Kajian-kajian ini memberikan bukti bahawa dexrazoxane dapat menghalang kerosakan jantung tanpa mengganggu kesan anti-tumor rawatan anthracycline. Pesakit yang mendapat dexrazoxane dengan rawatan anthracycline mempunyai kira-kira satu pertiga daripada risiko kegagalan jantung berbanding dengan pesakit yang mendapat anthracyclines tanpa dexrazoxane. Dexrazoxane tidak mempunyai kesan ke atas kelangsungan hidup. Kita tidak pasti sama ada ia mempunyai apa-apa kesan sampingan yang tidak diingini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information