Rawatan untuk mengurangkan jangkitan bakteria Staphylococcus aureus dalam ekzema

Latar belakang

Kulit orang dengan ekzema (dermatitis atopik) sering mengandungi sejumlah besar bakteria yang dipanggil Staphylococcus aureus (S. aureus), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Rawatan ekzema yang bertujuan untuk mengurangkan S. aureus pada kulit termasuk antibiotik, rawatan yang dilberi di atas kulit, dan sabun / mandian antibakteria. Ianya tidak jelas rawatan yang membantu.

Soalan ulasan

Pengulas mengkaji bukti tentang kesan rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan S. aureus pada kulit pada orang dengan ekzema atopik. Perbandingan yang layak adalah rawatan yang serupa tanpa tindakan anti-S. aureus. Pengulas memasukkan 41 kajian yang melibatkan 1753 peserta (bukti adalah terkini sehingga Oktober 2018).

Ciri-ciri kajian

Kajian-kajian yang dimasukkan menilai kepelbagaian rawatan, yang mereka bandingkan dengan plasebo (rawatan serupa tetapi tidak aktif), tanpa rawatan, rawatan lain, sarana (ramuan tidak aktif yang membantu menyampaikan rawatan aktif) atau tekstil tanpa komponen anti-S.aureus.

Kajian dijalankan di seluruh dunia, termasuk lelaki dan wanita. Dua belas kajian merekrut kanak-kanak; empat, orang dewasa; 19, kedua-duanya; dan enam tidak jelas; ketika dilaporkan, umur peserta purata adalah antara 1.1 hingga 34.6 tahun. Tahap keterukan ekzema berbeza dari ringan hingga teruk. Tempoh rawatan daripada 10 minit hingga 3 bulan; jumlah tempoh kajian, daripada 15 minggu hingga 27 bulan.

Keputusan-keputusan utama

Hasilnya diukur dari permulaan rawatan. Pengulas mengelaskan hasil kepada jangka pendek apabila tempoh rawatan kurang dari empat minggu, dan jangka panjang apabila rawatan diberikan selama lebih dari empat minggu.

Orang mungkin lebih mengalami peningkatan pembaikan jangka pendek dengan kombinasi steroid / antibiotik topikal berbanding dengan steroid sahaja (bukti kualiti rendah, satu kajian ekzema yang dijangkiti dan dua kajian dengan jangkitan yang tidak ditentukan). Mungkin ada sedikit atau tiada perbezaan di antara kumpulan gabungan dan kumpulan steroid sahaja dalam kesan jangka pendek ke atas kualiti hidup (QoL) (bukti kualiti sederhana, satu kajian terhadap kanak-kanak yang dijangkiti). Ketahanan antibiotik adalah serupa di antara kumpulan dalam jangka panjang, tetapi pengulas tidak pasti berkenaan keputusan ini kerana bukti kualiti yang sangat rendah (satu kajian terhadap kanak-kanak yang dijangkiti).

Jika dibandingkan dengan plasebo, antibiotik oral tidak menunjukkan perbezaan dalam pembaikan jangka pendek (bukti kualiti rendah dalam dua kajian: satu pada bayi dan anak yang tidak dijangkiti, yang lain adalah kebanyakan pada bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti). Untuk QoL jangka pendek, mungkin ada sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan (bukti kualiti sederhana, satu kajian pada bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti). Ketahanan antibiotik jangka pendek adalah sama dalam kedua-dua kumpulan, tetapi pengulas tidak pasti jika terdapat perbezaan yang sebenar kerana bukti kualiti sangat rendah (dua kajian pada bayi dan kanak-kanak, dijangkiti dalam satu kajian dan tidak dijangkiti dalam yang lain).

Mandian peluntur tidak menunjukkan perbezaan penambahbaikan jangka pendek jika dibandingkan dengan plasebo (bukti kualiti rendah,satu kajian pada peserta yang tidak dijangkiti). Terdapat juga sedikit atau tiada perbezaan dalam QoL jangka pendek pada kanak-kanak berstatus infektif yang tidak ditentukan (satu kajian; bukti kualiti sederhana); berdasarkan kajian yang sama, pengulas tidak pasti jika ketahanan antibiotik jangka pendek adalah berbeza antara kumpulan (bukti kualiti sangat rendah).

Kesan sampingan yang cukup buruk untuk menghentikan rawatan jarang terjadi dalam semua kajian; walau bagaimanapun, bukti kualit adalah sangat rendah dalam ketiga-tiga perbandingan, jadi pengulas tidak pasti sama ada terdapat perbezaan di antara kumpulan. Penilaian daripada enam hari hingga dua bulan, peserta termasuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan status infeksi bercampur, dan punca penarikan diri termasuk ekzema yang semakin teruk atau gatal-gatal dan defekasi najis yang lembik.

Peserta dalam kumpulan gabungan steroid / antibiotik topikal mengalami kesan sampingan yang lebih ringan daripada mereka yang diberikan steroid sahaja. Membandingkan antibiotik oral kepada plasebo, peserta sama-sama mengalam bilangan kesan sampingan yang kecil. Walau bagaimanapun, pengulas tidak pasti sama ada terdapat perbezaan sebenar antara kumpulan kerana bukti kualiti sangat rendah. Berdasarkan penilaian jangka pendek peserta bercampur (kanak-kanak dan orang dewasa, dengan status infeksi bercampur), kesan sampingan yang dilaporkan termasuk rasa tidak sihat, cirit-birit, sakit perut/sendi, dan kegatalan. Untuk mandi peluntur berbanding plasebo, beberapa kesan sampingan kecil jangka panjang (rasa terbakar/menyengat, kulit kering) dilaporkan dalam kedua-dua kumpulan, jadi mungkin tiada perbezaan antara kumpulan rawatan (bukti kualiti rendah, peserta yang tidak dijangkiti (2 hingga 30 tahun)).

Kualiti bukti

Kualiti bukti untuk pembaikan gejala atau tanda-tanda adalah rendah; untuk peningkatan QoL, sederhana; untuk ketahanan antibiotik, sangat rendah; dan untuk kesan sampingan, ia hampir konsisten sangat rendah. Kajian adalah kecil, pelbagai, dan berisiko bias.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information