Penggantian estrogen dan progestin untuk mencegah morbiditi dan kematian bayi pramatang

Bayi pramatang lazimnya mempunyai tahap steroid seks yang rendah (estrogen dan progesteron) kerana kekurangan bekalan plasenta. Adalah dicadangkan bahawa estrogen dan progestin mempunyai peranan dalam perkembangan normal. Namun, risiko memberi hormon seks termasuklah keabnormalan pada bayi seperti kanser vagina dan penyempitan saluran kencing. Para penulis ulasan mencari kesusasteraan perubatan dan mendapati hanya satu kajian terkawal kecil. Tiga puluh bayi perempuan dengan berat lahir rendah (kurang daripada 29 minggu umur gestasi dan berat kurang dari 1000 g) diberikan gabungan estrogen (estradiol) dan progesteron atau plasebo dalam tempoh enam minggu pertama kehidupan. Tiada manfaat klinikal didapati dengan memberi hormon seks atau sebarang kesan buruk semasa kajian. Tahap ukuran estrogen dan progesteron adalah serupa dengan yang terdapat pada bayi dalam rahim.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save