Senaman untuk artritis reumatoid tangan

Apakah artritis reumatoid dan apa itu senaman?

Artritis reumatoid adalah penyakit sendi yang sering mempengaruhi tangan dan pergelangan tangan. Senaman tangan termasuk mobiliti, penguatan (dengan peralatan, contohnya ‘putty’), atau latihan fungsian.

Ciri-ciri kajian

Kami menemui tujuh kajian yang membandingkan senaman tangan dengan terapi bukan senaman dalam kalangan 841 orang dewasa dengan artritis reumatoid.

Keputusan-keputusan utama

Ujian fungsi tangan pada 0-hingga-80-mata, (skor lebih tinggi bermakna fungsi lebih baik), orang-orang yang melakukan senaman tangan menilai fungsi mereka 1.1 mata lebih tinggi dalam jangka pendek (kurang dari 3 bulan). Orang-orang yang tidak bersenam menilai fungsi mereka pada 75 mata.

Pada skala 0-hingga-100 (skor lebih tinggi bermakna fungsi lebih baik), berbanding dengan orang-orang yang tidak bersenam, orang-orang yang bersenam menilai fungsi tangan mereka 5 mata lebih tinggi dalam jangka sederhana (3 hingga 11 bulan) dan 4 mata lebih tinggi dalam jangka panjang (12 bulan atau lebih). Orang yang tidak bersenam menilai fungsi mereka 52.1 mata.

Pada skala kesakitan 0-hingga-100-milimeter (skor lebih rendah bermakna sakit yang lebih kurang), orang yang bersenam menilai kesakitan mereka 28mm lebih rendah dalam jangka pendek. Orang yang tidak bersenam menilai kesakitan mereka pada 68 mm. Pada skala 0-ke-100-titik (skor lebih rendah bermakna sakit yang lebih kurang), orang yang bersenam menilai kesakitan mereka 3 mata lebih rendah dalam jangka sederhana dan 4 mata lebih rendah dalam jangka panjang. Orang yang tidak bersenam menilai kesakitan mereka pada 51.4 mata.

Orang yang bersenam mempunyai 3% dan 4% peningkatan dalam kekuatan cengkaman tangan kiri dan kanan dalam jangka pendek. Orang yang tidak bersenam memberi ukuran 14.3 kg dan 15.6 kg, masing-masing. Orang yang bersenam mempunyai 1% peningkatan dalam purata kekuatan cengkaman kedua-dua tangan dalam kedua-dua jangka sederhana dan panjang. Orang yang tidak bersenam memberi ukuran 13.2 kg.

Orang yang bersenam mempunyai 4% dan 6% peningkatan dalam kekuatan cubitan tangan kiri dan kanan dalam tempoh jangka pendek. Orang yang tidak bersenam memberi ukuran 1.2 kg dan 1.2 kg, masing-masing. Orang yang bersenam mempunyai 2% dan 3% peningkatan dalam purata kekuatan cubitan kedua-dua tangan dalam jangka sederhana dan panjang. Orang yang tidak bersenam memberi ukuran 4 kg.

Perlu diperhaatikan walaupun kelihatan skor yang lebih baik bagi fungsi tangan, kesakitan, dan kekuatan genggaman dan cubitan dengan senaman tangan, peningkatan ini mungkin tidak dapat disamakan dengan manfaat klinikal yang berguna.

Tiada kajian menilai 50 kriteria Kolej Reumatologi Amerika (ukuran yang menunjukkan lebih besar daripada ataupun bersamaan 50% penambahbaikan dalam simtom-simtom pesakit yang menerima rawatan).

Berbanding peserta yang menerima penjagaan biasa, mereka yang telah menerima senaman tangan dengan strategi untuk mengekalkan program didapati 19% dan 5% lebih cenderung untuk mematuhi program mereka dalam masa kurang dari satu tahun dan melebihi satu tahun.

Satu kajian melaporkan tiada kejadian buruk disebabkan oleh senaman. Kajian selainnya tidak mengukur hasil ini.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sangat rendah hingga tinggi bagi keseluruhan hasil. Kami menurunkan kualiti bukti kerana masalah dengan ketiadaan penyembunyian daripada pengetahuan peserta terhadap peruntukan rawatan mereka serta ukuran-ukuran, kaedah peruntukkan, dan saiz kajian yang kecil.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information