Ubat sedutan untuk membuka saluran pernafasan dalam kes sindrom dada akut di kalangan orang yang mempunyai penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Bolehkah bronkodilator bertindak untuk jangka pendek yang disedut untuk sindrom dada akut mengurangkan penyakit dan kematian pada orang dengan penyakit sel sabit dan adakah rawatan ini menyebabkan kesan buruk?

Latar belakang

Penyakit sel sabit adalah gangguan darah yang diwarisi. Orang yang mempunyai penyakit sel sabit sering mengalami sindrom dada akut. Sindrom dada akut boleh menyebabkan demam, batuk, sakit dada dan sesak nafas dan boleh mengancam nyawa. Selalunya, orang yang mempunyai penyakit sel sabit dan sindrom dada akut juga berdehit. Semput menunjukkan bahawa saluran pernafasan menjadi sempit, seperti asma. Bronkodilator adalah ubat-ubatan yang melegakan otot-otot di saluran pernafasan, jadi ia membuka untuk memudahkan pernafasan. Mereka digunakan dengan cara tersebut untuk asma, jadi mungkin penggunaan yang sama dalam sindrom dada akut boleh membantu. Ini adalah kemaskini Ulasan Cochrane yang diterbitkan terdahulu.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 25 Julai 2022.

Ciri-ciri kajian

Kami menjumpai tiada kajian untuk menunjukkan keberkesanan ubat ini untuk keadaan ini.

Hasil-hasil utama kajian

Penyelidikan perlu menilai faedah dan risiko menggunakan bronkodilator sedutan untuk sindrom dada akut dalam orang yang mempunyai penyakit sel sabit.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Shaun Lee (Monash Universiti). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information