Posisi terbaik untuk bayi baru lahir yang menerima bantuan ventilasi

Soalan kajian: Bagi bayi yang baru lahir yang memerlukan ventilasi bantuan, adakah mengubah kedudukan badan bayi dapat menambahbaik pernafasan atau hasil klinikal lain, termasuk mengekalkan nyawa?

Latar belakang: Bayi baru lahir yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sering memerlukan bantuan pernafasan (ventilasi mekanikal). Sokongan ini biasanya dibekalkan dengan alat yang diletakkan di dalam hidung atau mulut bayi yang baru lahir (yang kadang-kadang masuk sehingga trakea), di mana tekanan dan kepekatan oksigen yang berbeza diberikan.

Amalan biasa adalah untuk meletakkan bayi yang baru lahir dalam kedudukan terlentang (menghadap ke atas) semasa ventilasi. Walau bagaimanapun, adalah tidak pasti sama ada kedudukan lain, sebagai contoh, "menghadap ke bawah (meniarap), lebih berfaedah untuk bernafas atau hasil lain, termasuk hidup. Ini adalah kemaskini bagi ulasan terbitan terdahulu.

Tarian carian: Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2016.

Ciri-ciri kajian: Kami melibatkan 516 peserta dari 19 kajian dalam rumusan ini. Perbandingan-perbandingan termasuklah kedudukan terlentang berbanding meniarap dan posisi sisi yang lain (kanan, kiri, bergilir atau separa meniarap). Hasil yang paling kerap dilaporkan dalam kajian ini adalah perubahan dalam tahap pengoksigenan.

Keputusan utama: Kami mendapati tiada bukti jelas bahawa kedudukan badan yang tertentu bagi bayi baru lahir yang memerlukan bantuan ventilasi adalah berkesan dalam menghasilkan ppenambahbaikan yang sesuai dan berterusan. Walau bagaimanapun, meletakkan bayi yang menerima ventilasi bantuan dalam kedudukan muka ke bawah (tertiarap) untuk masa yang singkat boleh meningkatkan sedikit paras oksigen dalam darah (bukti berkualiti sederhana) dan bayi-bayi ini mengqalami kurang episod pengoksigenan rendah (bukti berkualiti rendah).

Para penyelidik menghuraikan tiada kesan buruk bagi mana-mana posisi yang dibandingkan, walaupun kajian tidak berlanjutan dengan lama bagi membolehkan penyelidik-penyelidik mengesan semua kesan-kesan yang mungkin berlaku. Tambahan pula, kebanyakan bayi yang mengambil bahagian dalam kajian-kajian telah diletakkan dalam posisi alternatif. Atas sebab ini, kesan buruk jangka sederhana atau panjang tidak boleh dikaitkan dengan kedudukan yang diberikan.

Kualiti bukti: Keyakinan dalam kesimpulan rumusan bergantung kepada ciri-ciri seperti risiko berat sebelah (reka bentuk yang lemah), konsisten (kepelbagaian keseluruhan kajian), ketepatan (selang keyakinan kecil) dan kelangsungan (kesan sama), dan keperluan semua kajian yang terlibat diterbitkan tanpa bergantung kepada hasil kajian.

Kualiti bukti untuk hasil ini membolehkan kita mempunyai keyakinan yang rendah hingga sederhana dalam kesimpulan kami.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save